Kliklah di sini


Khazanah Ilmuwan

Terimakasih kerana sudi bertandang. Blog ini cuba memaparkan kitab-kitab dan manuskrip-manuskrip lama dari kalangan para ulamak yang muktabar dari luar dan dalam. Bagi pencinta kitab dan buku, ianya sesuai untuk dijadikan panduan dalam "troli impian belian" anda suatu ketika nanti. Pada mulanya blog ini direka hanya untuk rujukan peribadi dan buat teman-teman yang sama minat namun bila difikirkan berbaloi demi ilmu umat Melayu dan dikemaskini serba sedikit (masih dikemaskini lagi) maka biarlah kini ianya dikongsi bersama sesiapa sahaja yang sudi....

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

11.1.14

Bilik-Bilik Cinta Muhammad SAW



Pengarang : Dr. Nizar Abazhan
Penerbit : Pustaka Azhar 

Halaman : 276m.s
Harga :RM27.00

Sinopsis:
Bagaimanakah kehidupan Nabi Muhammad sehari-harian?

Bagaimanakah kehidupan baginda dengan isteri-isterinya.

Bagaimana pula pergaulan Nabi Muhammad SAW dengan orang

di sekeliling baginda yang lain seperti:

´ Keluarga bapa saudara baginda.

´ Anak-anak baginda dan anak-anak tiri.

´ Para hamba sahaya.

´ Para jiran tetangga.

´ Para sahabat.


Buku ini juga telah memotretkan kehidupan Nabi SAW di setiap rumah yang pernah beliau tinggali dan singgahi—sejak masa kanak-kanak hingga detik-detik terakhir kehidupannya. Dengan kepekaan tinggi, Dr. Abazhah membidik kamar demi kamar itu dengan segenap penghuninya; bagaimana akhlak mereka dan bagaimana tata pergaulan Nabi dengan mereka.

Inilah kisah indah rumah cinta Rasulullah—tempat setiap muslim belajar bagaimana mewujudkan “rumahku surgaku”. Bukan rumah bebas dari masalah, melainkan keluarga yang berhasil menyelesaikannya dengan indah. Bukan dengan kemewahan harta, melainkan dengan keluhuran akhlak, keagungan cinta, dan kedalaman iman.

Semua jawapan di atas dapat disemak dalam buku Bilik-bilik Cinta Muhammad SAW ini.Saranan wajib beli kepada yang berniat mengumpulkan sirah Rasulullah SAW. Semoga buku ini dapat menambahkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW.

7.1.14

Khalifah - Khalifah Yang Benar

Tajuk : Khalifah-Khalifah Yang Benar
Pengarang : Abdul Latip bin Talib
Penerbit : PTS Litera
ISBN : 978-967-5783-00-5
Mukasurat : 800 Halaman
Harga: RM55.00

Kisah khulafa al rasyidin. Saidina Abu Bakar, Saidina Umar al Khattab, Saidina Uthman dan Saidina Ali.

Isi Kandungan:
Mengandungi empat bahagian.


1- Saidian Abu Bakar as Siddiq

2- Saidina Umar al Khattab

3- Saidina Utman Affan

4- Saidina Ali bin Abi Talib