Kliklah di sini


Khazanah Ilmuwan

Terimakasih kerana sudi bertandang. Blog ini cuba memaparkan kitab-kitab dan manuskrip-manuskrip lama dari kalangan para ulamak yang muktabar dari luar dan dalam. Bagi pencinta kitab dan buku, ianya sesuai untuk dijadikan panduan dalam "troli impian belian" anda suatu ketika nanti. Pada mulanya blog ini direka hanya untuk rujukan peribadi dan buat teman-teman yang sama minat namun bila difikirkan berbaloi demi ilmu umat Melayu dan dikemaskini serba sedikit (masih dikemaskini lagi) maka biarlah kini ianya dikongsi bersama sesiapa sahaja yang sudi....

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

26.4.10

Hidayatus Salikin (Jilid 1-3)


Hidayatus Salikin Jilid 1 - 3
Jenis Buku (transliterassi kitab)
Kitab Asal Syeikh Abdus Shamad Al Palembani
Harga Jilid 1: RM18.00
          Jilid 2: RM24.00
          Jilid 3: RM25.00

Kitab Hidayatus Salikin karya Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani ini mengandungi tiga jilid.
Kandungan Jilid Pertama :
Membicarakan pengenalan data kitab. Kandungan transliterasi menggalakkan berbagai-bagai amalan berdasarkan al-Quran, Hadist dan pendapat para ulama. Dilampirkan juga karya Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani yang berjudul Zahratul Murid.
Keterangan : Transliterasi kitab Hidayatus Salikin fi Suluki Maslakil Muttaqin karya Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani. Terbitan ini dengan tambahan lampiran risalah berjudul Najatul Ikhwan karya Saiyid 'Utsman Betawi.
Ukuran/Tebal : 22 x 14.5 cm
Halaman : 195 M/S
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kandungan Jilid Kedua :
Membicarakan nafsu mahmudah dan mazmumah. Dilampirkan juga manuskrip Tuhfatul Mursalahbergantung makna Melayu oleh Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, Lubatut Tasawuf bergantung makna Melayu oleh Syeikh Abdur Rauf bin 'Ali al-Fansuri dan Fathur Rahman oleh Syeikh Muhammad Arsyad bin 'Abdullah al-Banjari.
Ukuran/Tebal : 22 x 14.5 cm
Halaman : 271 M/S
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kandungan Jilid Ketiga : 
Transliterasi merupakan kelanjutan jilid pertama dan kedua. Dilengkapi dengan glosari dan satu judul'Pembelaan untuk Kitab Hidayatus Salikin dan Siyarus Salikin'. Buku ini diakhiri dengan lampiran kitabHidayatus Salikin dalam bentuk tulisan Melayu/Jawi secara lengkap.
Ukuran/Tebal : 22 x 14.5 cm
Halaman : 284 M/S

25.4.10

Mahkota Sufi


Mahkota Sufi
Pengarang : Syekh Abdul Qadir Al-Jailani
Judul Asli : Al-Fath Rabbani Wa Al-Faydl Ar-Rahman
Penerbit: Mitra Press
Harga: Rm13.80
256 m/surat
Soft Cover


Kandungan: 


Syeikh Abdul Qadir al Jailani berkata kepada murid-muridnya,”Wahai orang yang ingin menimba ilmu tasawuf, khususnya ilmu makrifat! Beramallah kepada Allah SWT dan jangan sekali-kali meminta upah darinya meskipun hanya sebiji sawi. Bekerjalah untuk Allah sebagai Majikan. Jangan minta imbalan pahala. Tetapi mintalah keredhaanNya agar Engkau dapat dekat denganNYA. Inilah upah yang lebih mulia daripada pahala. Sebab jika Allah telah meredhaimu, maka engkau menjadi dekat denganNYA baik di dunia dan di akhirat. Jika engkau telah dekat, maka apa saja yang kau harapkan akan dikabulkanNYA. Lebih dari itu, jika engkau lakukan dengan sungguh-sungguh dan sempurna, maka mata hatimu akan tajam dalam memandang. Makna menjadi terbentuk, yang ghaib menjadi tampak dan firasat menjadi kasat mata..
Banyak orang yang kenal nama Syeikh Abdul Qadir Jailani namun tidak banyak yang mengetahui misteri puncak ajarannya; ajaran ilmu sejati. Buku ini merupakan intisari ajaran Syeikh Abdul Qadir Jailani yang dianggap telah langkah dan jarang dimiliki oleh semua orang.

*Fakir Ilmu meminati buku ini.

21.12.09

Faridatul Faraid


Faridatul Faraid-Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Syeikh Ahmad al Fathani
Pengarang: Tuan Guru Haji Mohd Shaghir bin Abdullah
Terbitan: Khazanah Fathaniyah
Tahun:2009
Harga: RM28.00
Ukuran/Tebal : 22.5 x 14.5 cm
Halaman : 272 M/S

Sinopsis
Membicarakan sejarah ringkas ilmu Tauhid di Asia Tenggara, gambaran ringkas pengenalan Faridatul Faraidkarya Syeikh Ahmad al-Fathani. Kandungan transliterasi membicarakan 'Aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang dilengkapi dengan nota-nota yang panjang. Terlampir juga tiga judul manuskrip karya Syeikh Ahmad al-Fathani dalam bahasa Arab, iaitu Jumanatut Tauhid, Munjiyatul 'Awam dan Minhajus Salam.

6.7.09

Sabar


Sabar
Judul Asli : Ahla Wa A'dzab Wa Ajmal Ma QilaFi Ash-Shabr
Pengarang : Abdullah Al-Yamani
Terbitan: Qisthi Press
Harga: RM52.00
345 m/surat
Hard Cover
ISBN : 9789791303323

Sinopsis
Kesabaran adalah suatu tolok ukur keimanan dan keperibadian seorang muslim, Sifat luhur ini akan membawa  pemiliknya untuk meraih darjat keimanan dan akhlak yang lebih tinggi.Oleh kerana itu, setiap muslim yang tulus wajib memiliki sifat ini samada melatih diri masing-masing ataupun mengikut ajaran-ajaran agama yang termaktub dalam al qur an dan nas serta suri tauladan dari para pendahulu kita yang soleh.

Buku ini menerangkan segala genap aspek kesabaran dari sudut pandang al qur an dan hadis.Pesanan-pesanan yang disampaikannya pun tidak terlalu melulu dan berupa dalil-dalil normatif.


19.6.09

Mun-yatul Mushalli (Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani)


Mun-yatul Mushalli (Syeikh Daud Bin Abdullah Al Fathani) 
Penterjemah: Tuan Guru Haji Wan Mohd Shaghir bin Abdullah
Terbitan: Khazanah Fathaniyah
Tahun:2006
Harga: RM18.00
Ukuran/Tebal : 22.5 x 14.5cm
Halaman : 230 M/S

Sinopsis
Buku ini adalah transliterasi kitab karya Syeikh Daud al-Fathani, khusus mengenai pengetahuan sembahyang. Di dalamnya turut dibicarakan ringkasan riwayat pengarangnya, iaitu Syeikh Daud al-Fathani. Khusus mengenai pengetahuan sembahyang yang dibicarakan adalah meliputi syarat-syarat sembahyang, rukun-rukun sembahyang, sunatAb-'adh dan Hai-at, asal-usul sembahyang, hikmah dan kesempurnaan pengamalan, sujud Sahwi, makruh dalam sembahyang, sunat-sunat sesudah sembahyang, sembahyang berjama'ah dan Jumaat, dan sembahyang-sembahyang sunat.

16.6.09

Manusia Dan Islam Jilid 2

Manusia Dan Islam Jilid 2
Penulis: Dr. Haron Din
Penerbit: DBP
No. KK: 290 46284105
No. ISBN: 9836215220
Tahun Terbitan: 2000
Harga Buku: RM20.00

Sinopsis
"Buku ini memberikan pelbagai ilmu dan tafsiran asas agama Islam dan kehidupan masyarakat Islam dari aspek manusia dan moral, manusia dan masyarakat, kewajipan mendirikan masyarakat islam, asas pembentukan masyarakat, kewajipan mendirikan masyarakat Islam, asas pembentukan masyarakat Islam, bidang undang-undang Islam, manusia dan jihad dan konsep kemenangan dan perhambaan. Buku ini terdiri daripada tiga jilid. Amat baik sekiranya pembaca dapat memiliki ketiga-tiga jilid tersebut."

5.6.09

Siri Kegemilangan Anbiya' Kisah Nabi Yusuf Buku 12: Godaan Zulaikha


Siri Kegemilangan Anbiya' Kisah Nabi Yusuf Buku 12: Godaan Zulaikha 
Penulis: Mohd. Zaid Sani, Ayesha Abdullah Scott
Penerbit: DBP
No. KK: 2907101597101
No. ISBN: 9836279369
Tahun Terbitan: 2004
Harga Buku: RM20.00

Sinopsis
Kisah yang dipaparkan dalam buku Siri Kegemilangan Anbiya' ini adalah berkisar tentang Zulaikha yang terlalu mencintai Nabi Yusuf a.s. telah merancang dan menggoda baginda. Kerinduan dan rasa cintanya yang tidak tertahan kepada Nabi Yusuf a.s. menyebabkan Zulaikha tidak dapat melelapkan mata dan asyik terkenangkan Nabi Yusuf. Atas nasihat seorang pengasuhnya, Zulaikha telah merancang satu rancangan bagi menggoda Nabi Yusuf. Setelah menghiaskan diri dengan pakaian yang nipis dan memakai wangian, Zulaikha telah memanggil Nabi Yusuf a.s. masuk ke biilknya. Setelah Nabi Yusuf a.s. memasuki bilik tersebut, Zulaikha dengan pantas menutup pintu dan menguncinya. Lalu tanpa segan silu lagi Zulaikha telah menggoda agar memenuhi keinginannya yang sekian lama terpendam itu. Nabi Yusuf a.s. telah menolak segala permintaan Zulaikha itu dan berusaha untuk melepaskan diri dari bilik tersebut. Apakah yang bakal berlaku antara Zulaikha dan Nabi Yusuf a.s.? Bagaimanakah caranya Nabi Yusuf a.s. melepaskan diri? Dapatkan siri buku ini bagi mengetahui kesudahan cerita yang menarik ini dan amat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan untuk kanak-kanak."