Kliklah di sini


Khazanah Ilmuwan

Terimakasih kerana sudi bertandang. Blog ini cuba memaparkan kitab-kitab dan manuskrip-manuskrip lama dari kalangan para ulamak yang muktabar dari luar dan dalam. Bagi pencinta kitab dan buku, ianya sesuai untuk dijadikan panduan dalam "troli impian belian" anda suatu ketika nanti. Pada mulanya blog ini direka hanya untuk rujukan peribadi dan buat teman-teman yang sama minat namun bila difikirkan berbaloi demi ilmu umat Melayu dan dikemaskini serba sedikit (masih dikemaskini lagi) maka biarlah kini ianya dikongsi bersama sesiapa sahaja yang sudi....

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

14.12.10

KEAGUNGAN ALLAH (KULIT TEBAL)


Tajuk : Keagungan Allah (Kulit Tebal)
Pengarang : Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni
Penerbit : Al-Hidayah Publishers
ISBN : 983-099-693-X
Mukasurat : 445 Halaman
Harga : RM45.00
Subhanallah! Perhatikanlah bagaimana semut yang berjalan di kegelapan malam, sungai-sungai yang mengalir, air laut yang bergelombang, pepohon yang tumbuh menghijau, gunung-gunung yang tinggi berdiri dengan megah, angin yang menghembus,janin yang bersemayam di dalam kandungan serta apa yang terlintas dalam benak Adam, semuanya itu tidak lepas dari pengetahuan Allah yang amat luas dan mendalam. Masihkah manusia ragu-ragu dengan kewujudan Allah? Dan, masihkah manusia melupakan pengawasanNya?
Berbagai bukti dan dalil yang kukuh dipaparkan oleh penulis dengan gaya bahasa yang sangat indah di dialam buku ini yang menunjukkan keagungan Allah, Ciptaan TerbesarNya yang berupa langit dan bumi beserta isinya merupakan sumber inspirasi yang akan menghantarkan manusia untuk mengenaliNya. Buku ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan lagi ketauhidan dan keyakinan umat Islam khususnya, serta menyakinkan fikiran dan hati Non-Muslim tentang kekuasaan Nya. Semoga buku ini diharapkan dapat membantu hati dan nurani manusia hidup dengan mengenal keagungan Allah Ta'ala, tunduk dan sujud di bawah kebesaranya, serta menyebut dan mengingati nama-namaNya yang indah. Buku ini adalah hasil karangan Dr. A'idh AI-Qami yang juga penulis buku La Tahzan (Jangan Bersedih).
DR. 'AIDH BIN ABDULLAH BIN 'AIDH 'Ali MAJDU' AL-QARNI. Beliau lahir pada tahun 1379 Hijrah di AI-Qarn, selatan Kerajaan Arab Saudi. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Usuluddin, Universiti AI-Imam Muhammad bin Sa'ud pada tahun 1403­ 1404 Hijrah. Memperolehi Saljana (MA) dalam bidang Hadith pada tahun 1408 Hijrah dengan risalah yang berjudul Bid'ah dan Pengaruhnya dalam Dirayah (Pengetahuan) dan Riwayah (Periwayatan). Memperolehi gelaran Doktor(Phd) dari Universiti yang sama pada tahun 1422 Hijrah dengan risalah yang berjudul Kajian dan Penelitian Kitab AI-Mufuim Syarah Shahih Muslim Karya tulisan AI-Qurthubi. Dia telah merakam hasil karyanya yang bernafaskan [slam dalam bentuk kaset dalam jumlah lebih dan 800 buah kaset ten tang topik khutbah, pelajaran, ceramah. karya syair dan sastera. Hafal AI-Qur'an dan Kitab Bulughul Maram dan hafal hadith sebanyak lebih kurang 5000 buah hadith dan lebih dari 10000 bait syair.
Adapun mengenai karya tulisannya, dia telah menulis berbagai karya tulisan tentang hadith, tafsir, fiqh, sastera, sirah 9 perjalanan hidup/sejarah) dan biografi para tokoh ilama'. Dia ikut serta dalam puluhan kongres dan penemuan. [a pernah menghadiri Muktamar Pemuda Arab Muslim, Muktamar AI-Kitab was-Sunnah di Amerika Syarikat dan pernah menjadi juru pembicara di dalam pertemuan dewan sastra dan matematika dan menjadi juru pembicara dalam berbagai universiti dan pertemuan-pertemuan kebudayaan.

5.12.10

The Choice: Dialog Islam & Kristian (Edisi Lengkap Jilid 1 & 2)


Tajuk : The Choice: Dialog Islam & Kristian (Edisi Lengkap Jilid 1 & 2)
Pengarang : Ahmed Deedat
Penerbit : Kharisma Network Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5029-26-4
Mukasurat : 419 Halaman
Harga: RM29.00

"The Choice" inilah karya terbesar dari penulisnya , terbukti untuk jilid 1-nya merupakan cetakan ke 22. Buku tersebut telah tersebar luas di Afrika, Eropah dan Amerika bahkan kononnya buku tersebut telah sampai ke tangan Presiden Bill Clinton. Dan seperti maksud penulisan buku ini iaitu agar terjadi dialog dan diskusi teologi antara keyakinan ajaran Islam yang diturunkan Allah yang disampaikan kepada umat manusia melalui perantara Nabi Muhammad dengan keyakinan Kristian terutama mengenai doktrin-doktrin Triniti, penebusan dosa, penyaliban mahupun kemurnian dan keaslian kitab Injil (Bible).

Buku dalam genggaman anda ini merupakan kitab yang akan memandu anda untuk mengetahui mana yang asli dan benar, dan mana pula yang telah dicemari dengan tangan-tangan kotor manusia?

Pusaran Energi Kaabah


ISBN: 978-967-5564-57-4
Pengarang: Agus Mustofa
Penerbit: PTS Milleni
Harga: RM15.75

Sinopsis
Kehebatan Kaabah jelas terpancar sehingga menjadikannya sebagai pusat tumpuan umat Islam dari seluruh pelosok dunia. Keagungannya pula terpamer sebagai pusat pergerakan solat bagi jutaan umat manusia.
Kiblat yang satu ini menghasilkan gelombang pusaran energi yang misteri dan dahsyat sehingga membawa getaran-getaran doa para muslimin menuju ke Arasy Allah.
Pusaran Energi Kaabah turut membongkar rahsia Kaabah sebagai terapi iman yang holistik menurut Quran, hadis dan sains. Buku ini menjawab perihal keistimewaan Kaabah, tatacara ibadah haji serta membuktikan kebesaran Allah.
Pada mereka yang mahu menunaikan fardu haji mahupun umrah, buku ini mampu menyuntik semangat dalam menghayati dan merasakan dekatnya diri dengan Kaabah serta aura di sekelilingnya.
Kandungan
1. Kaabah Rumah Suci, Pusat bagi Manusia
2. Pertanyaan seorang Mualaf
3. Tidak Ada Paksaan dalam Beragama
4. Ibrahim Rasul Kesayangan Allah
5. Multazam yang Mustajab
6. Solat Berpahala 100 000 Kali Ganda
7. Panggilan Datang ke Baitullah
8. Zat Allah
9. Allah Lebih Dekat daripada Urat Leher
10. Allah Wujud, Kita Semu
11. Saatnya Menghamba kepada Allah