Kliklah di sini


Khazanah Ilmuwan

Terimakasih kerana sudi bertandang. Blog ini cuba memaparkan kitab-kitab dan manuskrip-manuskrip lama dari kalangan para ulamak yang muktabar dari luar dan dalam. Bagi pencinta kitab dan buku, ianya sesuai untuk dijadikan panduan dalam "troli impian belian" anda suatu ketika nanti. Pada mulanya blog ini direka hanya untuk rujukan peribadi dan buat teman-teman yang sama minat namun bila difikirkan berbaloi demi ilmu umat Melayu dan dikemaskini serba sedikit (masih dikemaskini lagi) maka biarlah kini ianya dikongsi bersama sesiapa sahaja yang sudi....

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

2.8.19

MEMBONGKAR MISTERI TAMADUN DUNIA YANG HILANG


PENULIS: Syed Mahadzir Syed Ibrahim
HARGA  : RM37.90

MAKLUMAT PRODUK
ISBN/Ean        :  9789675391965
Tarikh Terbitan:  2019/04/01
Jumlah Muka Surat: 269
Penerbit:   HIJJAZ RECORDS PUBLISHING
Tarikh Dimasukkan:  2019/04/02
Edisi: 1st Print
Negara Terbitan: Malaysia
Jenis Binding: Kulit Lembut
Warna Cetakan: Warna

SINOPSIS:

Sejarah sudah mencatatkan bahawa banyak tamadun di dunia ini yang sudah lenyap ditelan zaman. Ada diantaranya tidak langsung meninggalkan sebarang kesan sejarah, tidak ditemui sebarang artifak tinggalan malah dilupakan begitu sahaja. Namun begitu ada juga tamadun yang hilang tetapi masih dapat dihayati kewujudannya melalui pelbagai artifak tinggalan hasil dari penggalian pakar-pakar arkeologi. Antara tamadun yang sudah hilang ditelaan zaman ialah tamadun Olmek, tamadun Aztek, tamadun Elam, tamadun Viking, tamadun Mesopotamia, tamadun Atlantis, tamadun Lemuria dan beberapa tamadun lagi yang suatu ketika dulu pernah menceritakan kegemilangan dunia.

27.3.19

Misteri Di Sebalk The Arrivals


Harga: RM35.90
Penulis : Muhammad Nurani Maarif
Penerbit : Hijjaz Record Publishing

PENTADBIR DI SEBALIK TABIR
Dajjal mentadbir dunia dengan konspirasi, fitnah dan misteri, illusi. Sehingga dia mencapai matlamatnya dia tidak akan berhenti. Dia akan terus menipu manusia dengan kospirasinya dan memukau manusia dengan dunia misterinya.
The Arrivals adalah sebuah buku yang menghimpunkan fakta fitnah dan konspirasi yang mendedahkan cara Illuminati memunculkan ‘raja’ yang mereka tunggu-tunggu iaitu Dajjal.

Konspirasi Yahudi : Perang & Penaklukan


Versi Cetak

RM 16

Sabah/Sarawak: RM 18
Format: 
Saiz: 6"x9"
Jumlah Muka Surat: 144
ISBN-13: 978-967-366-053-7
Tarikh Terbit: 21 Apr 2011
PTS Publishing House
Versi eBook

RM 11.50

Buku ini membongkar, mengupas, dan mengemukakan bukti sulit dan kurang diketahui umum strategi Yahudi mencipta dan mengatur peristiwa demi peristiwa dalam tempoh 100 tahun lepas. Penulis juga membongkar percubaan mereka bagi merealisasikan penubuhan sebuah kerajaan agung dunia atau world super government. Semua bukti ini dapat dijadikan sumber alternatif kepada pengkajian peristiwa penting yang berlaku selama satu abad terakhir daripada perspektif yang berbeza. Pembentangan maklumat ini dikumpul daripada pelbagai sumber dan pembacaan seperti Corporatism: The Secret Government of the New World Order oleh Jeffrey Grupp, ensiklopedia Perang Dunia Kedua World War II: War Crimes & Espionage, terbitan Abbeydel Press, The Battle for God, tulisan Karen Armstrong dan The Secrets of the Freemasonry: Revealing the Surpressed Tradition oleh Jonathan Lomas. Dengan pembentangan maklumat ini, kita dapat mengetahui secara mendalam tentang siapa, bagaimana, bila dan mengapa sesuatu peristiwa itu terjadi. Melihat sejarah dengan mengkaji kemungkinan-kemungkinan yang timbul daripada pelbagai sudut, membantu kita mengenal siapa kawan dan lawan. Dengan cara itu, masalah-masalah yang timbul daripada hal-hal itu dapat diselesaikan.

11.1.14

Bilik-Bilik Cinta Muhammad SAW



Pengarang : Dr. Nizar Abazhan
Penerbit : Pustaka Azhar 

Halaman : 276m.s
Harga :RM27.00

Sinopsis:
Bagaimanakah kehidupan Nabi Muhammad sehari-harian?

Bagaimanakah kehidupan baginda dengan isteri-isterinya.

Bagaimana pula pergaulan Nabi Muhammad SAW dengan orang

di sekeliling baginda yang lain seperti:

´ Keluarga bapa saudara baginda.

´ Anak-anak baginda dan anak-anak tiri.

´ Para hamba sahaya.

´ Para jiran tetangga.

´ Para sahabat.


Buku ini juga telah memotretkan kehidupan Nabi SAW di setiap rumah yang pernah beliau tinggali dan singgahi—sejak masa kanak-kanak hingga detik-detik terakhir kehidupannya. Dengan kepekaan tinggi, Dr. Abazhah membidik kamar demi kamar itu dengan segenap penghuninya; bagaimana akhlak mereka dan bagaimana tata pergaulan Nabi dengan mereka.

Inilah kisah indah rumah cinta Rasulullah—tempat setiap muslim belajar bagaimana mewujudkan “rumahku surgaku”. Bukan rumah bebas dari masalah, melainkan keluarga yang berhasil menyelesaikannya dengan indah. Bukan dengan kemewahan harta, melainkan dengan keluhuran akhlak, keagungan cinta, dan kedalaman iman.

Semua jawapan di atas dapat disemak dalam buku Bilik-bilik Cinta Muhammad SAW ini.Saranan wajib beli kepada yang berniat mengumpulkan sirah Rasulullah SAW. Semoga buku ini dapat menambahkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW.

7.1.14

Khalifah - Khalifah Yang Benar

Tajuk : Khalifah-Khalifah Yang Benar
Pengarang : Abdul Latip bin Talib
Penerbit : PTS Litera
ISBN : 978-967-5783-00-5
Mukasurat : 800 Halaman
Harga: RM55.00

Kisah khulafa al rasyidin. Saidina Abu Bakar, Saidina Umar al Khattab, Saidina Uthman dan Saidina Ali.

Isi Kandungan:
Mengandungi empat bahagian.


1- Saidian Abu Bakar as Siddiq

2- Saidina Umar al Khattab

3- Saidina Utman Affan

4- Saidina Ali bin Abi Talib

5.7.13

Khalid Memburu Syahid




oleh Abdul Latip bin Talib
ISBN-13: 978-983-192-056-5
ISBN-10: 983-192-056-2
Tarikh Terbit: 24 Jun 2008
Jumlah Muka Surat : 400
Kategori: Novel Dewasa, Novel Sejarah Islam
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Sinopsis:

Novel Sejarah Islam, Khalid-Memburu Syahid adalah fakta berkenaan pahlawan Islam yang digarap dalam bentuk kreatif. Khalid merupakan hero penyelamat dalam perang Muktah sehingga layak mendapat anugerah tertinggi panglima tentera dengan gelaran pahlawan Pedang Allah.

Isi Kandungan:

Pendahuluan
Bab 1: Sumpah Pahlawan
Bab 2: Perjalanan yang Direstui
Bab 3: Di Sini Tumpahnya Kasih
Bab 4: Pahlawan-pahlawan Islam
Bab 5: Pahlawan Tiga Serangkai
Bab 6: Darah Syuhada
Bab 7: Helah Pahlawan
Bab 8: Retak Menanti Belah
Bab 9: Mekah Ditawan
Bab 10: Tiada Dendam
Bab 11: Jejak-jejak Rasul
Bab 12: Nabi Palsu
Bab 13: Hak dan Batil
Bab 14: Cinta Palsu
Bab 15: Salah Faham
Bab 16: Musailamah al-Kazab
Bab 17: Bukan Bunuh Diri
Bab 18: Bukan Taman Syurga
Bab 19: Perjuangan
Bab 20: Raja Parsi yang Sombong
Bab 21: Maunah
Bab 22: Darah Pahlawan
Bab 23: Api Sengketa Terus Menyala
Bab 24: Buku Bertemu Ruas
Bab 25: Kami Bersama Khalid
Bab 26: Sungai Berdarah
Bab 27: Khabar Gembira
Bab 28: Racun Diminum Jadi Penawar
Bab 29: Kota Anbar
Bab 30: Wasiat Khalifah
Bab 31: Hati Rindu Seorang Pahlawan
Bab 32: Catatan Penyair
Bab 33: Lambaian Kaabah
Bab 34: Hari-hari Terakhir Seorang Khalifah
Bab 35: Dendam Berdarah
Bab 36: Perang Yarmuk
Bab 37: Singa-singa Padang Pasir
Bab 38: Kepala Besi
Bab 39: Hidayah
Bab 40: Warkah Pilu
Bab 41: Berjuang kerana Tuhan
Bab 42: Tiga Pahlawan
Bab 43: Perginya Pahlawan Terbilang
Glosari

4.7.13

Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain



Penulis: Afareez Abd Razak Al-Hafiz
ISBN-13: 978-983-3604-07-4
ISBN-10: 983-3604-07-2
Tarikh Terbit: 6 Apr 2009
Jumlah Muka Surat : 224
Kategori: Islam
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Ringkasan:
Sejak sekian lama, kita mempercayai Iskandar Zulqarnain adalah individu yang hebat dalam sejarah. Beliaulah yang kita namakan Alexander the Great. Namun, kita tidak pernah tahu sama sekali bahawasanya Iskandar dan Zulqarnain adalah dua individu yang berbeza. Benarkah kenyataan itu? Buku ini ada jawapannya. Buku ini dimulakan dengan kupasan mengenai empat raja agung dunia purba mengikut turutan sejarah hidup mereka iaitu Raja Namrud, Nabi Sulaiman, Raja Bukhtanasar dan Zulqarnain. Ketiga-tiga raja pertama dipanggil dan diketahui dengan nama mereka sendiri sedangkan Zulqarnain pula adalah satu gelaran yang disandarkan kepada beberapa tokoh hebat termasuklah Raja Iskandar (Alexander). Siapakah mereka? Bilakah mereka memerintah? Siapakah yang dahulu dan siapa pula yang datang kemudian? Diskusi di dalam buku ini membantu anda bagi lebih memahami sejarah silam. Namun, di sebalik segala persoalan itu, yang lebih penting adalah persoalan, adakah sesuai jika disandarkan gelaran Zulqarnain kepada Raja Iskandar?
Quran menceritakan mengenai ciri-ciri Zulqarnain yang mana jika dikaitkan dengan sejarah hidup Raja Iskandar, ia adalah bercanggah. Buku ini memuatkan perbincangan serta hujah-hujah yang sesuai bagi mengaitkan tokoh yang paling hampir dan sesuai dengan gelaran Zulqarnain. Bukti hidup daripada peninggalan Zulqarnain adalah tembok yang dibinanya bagi menghalang Yakjuj Makjuj. Siapakah mereka ini dan siapakah yang mereka kacau sehingga Zulqarnain membina tembok serta di manakah tembok itu? Perbincangan ini dan lain-lain lagi ada di dalam buku ini. Jangan lepaskannya.   
Isi Kandungan:
Prakata
Pendahuluan
Pengenalan
Bab 1: Raja Namrud   
Sejarah Sebelum Kedatangan Raja Namrud   
Pemerintahan dan Latar Belakang Raja Namrud   
Kaitan Raja Namrud dengan Nabi Ibrahim    
Nabi Ibrahim (sekitar kurun ke-22BC hingga 19BC)   
Nabi Ismail dan Penempatan di Mekah   
Pembinaan Kaabah   
Nabi Lut   
Peristiwa Penyembelihan Nabi Ismail    
Nabi Ishak   
Nabi Ishak dan Keturunannya   
Nabi Yaakub    
Perkahwinan Pertama Nabi Yaakub (dengan Liah)   
Perkahwinan Kedua Nabi Yaakub (dengan Rachel)   
Zuriat Nabi Yaakub dan Pembinaan Masjid al-Aqsa   
Nabi Yusuf (antara kurun ke 21BC dan ke 17BC)   

Bab 2: Raja (Nabi) Sulaiman (sekitar 1000BC hingga 928BC)  
 
Nabi Musa (antara kurun ke 16BC hingga ke 13BC)   
Al-Baqarah   
Nabi Musa dan Nabi Khidhir    
Nabi Yushwa’ bin Nun    
Nabi Syam’un    
Nabi Daud (sekitar 1030BC hingga 970BC)   
Kejatuhan Kerajaan Raja (Nabi) Sulaiman Buat Seketika   
Kewafatan Nabi Sulaiman    

Bab 3: Raja Bukhtanasar (sekitar 625BC hingga 562BC)   
Harut Marut   
Mimpi Bukhtanasar   
Takwil Kepala Emas   
Takwil Dada dan Tangan Perak   
Takwil Perut dan Peha Gangsa   
Takwil Dari Lutut Hingga ke Buku Lali Besi   
Nabi U’zair    

Bab 4: Perbincangan Iskandar bukan Zulqarnain   
Siapa itu Raja Iskandar? (356BC hingga 323BC)   
Asal-usul timbulnya cerita Zulqarnain   
Siapakah Raja Kurush? (576BC hingga 530BC)   
Ciri-ciri Zulqarnain:   
Perjalanan ke Arah Barat   
Menerima Wahyu   
Perjalanan ke Arah Timur   
Pembinaan Tembok   
Hujah Pertama   
Hujah Kedua   
Hujah Ketiga   
Yakjuj Makjuj   
Siapa yang Diganggu oleh Yakjuj Makjuj?   

Akhir kata   
Raja Leonidas I   

Penutup    

Nota Hujung   

Bibliografi