Kliklah di sini


Khazanah Ilmuwan

Terimakasih kerana sudi bertandang. Blog ini cuba memaparkan kitab-kitab dan manuskrip-manuskrip lama dari kalangan para ulamak yang muktabar dari luar dan dalam. Bagi pencinta kitab dan buku, ianya sesuai untuk dijadikan panduan dalam "troli impian belian" anda suatu ketika nanti. Pada mulanya blog ini direka hanya untuk rujukan peribadi dan buat teman-teman yang sama minat namun bila difikirkan berbaloi demi ilmu umat Melayu dan dikemaskini serba sedikit (masih dikemaskini lagi) maka biarlah kini ianya dikongsi bersama sesiapa sahaja yang sudi....

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

2.8.19

MEMBONGKAR MISTERI TAMADUN DUNIA YANG HILANG


PENULIS: Syed Mahadzir Syed Ibrahim
HARGA  : RM37.90

MAKLUMAT PRODUK
ISBN/Ean        :  9789675391965
Tarikh Terbitan:  2019/04/01
Jumlah Muka Surat: 269
Penerbit:   HIJJAZ RECORDS PUBLISHING
Tarikh Dimasukkan:  2019/04/02
Edisi: 1st Print
Negara Terbitan: Malaysia
Jenis Binding: Kulit Lembut
Warna Cetakan: Warna

SINOPSIS:

Sejarah sudah mencatatkan bahawa banyak tamadun di dunia ini yang sudah lenyap ditelan zaman. Ada diantaranya tidak langsung meninggalkan sebarang kesan sejarah, tidak ditemui sebarang artifak tinggalan malah dilupakan begitu sahaja. Namun begitu ada juga tamadun yang hilang tetapi masih dapat dihayati kewujudannya melalui pelbagai artifak tinggalan hasil dari penggalian pakar-pakar arkeologi. Antara tamadun yang sudah hilang ditelaan zaman ialah tamadun Olmek, tamadun Aztek, tamadun Elam, tamadun Viking, tamadun Mesopotamia, tamadun Atlantis, tamadun Lemuria dan beberapa tamadun lagi yang suatu ketika dulu pernah menceritakan kegemilangan dunia.

No comments:

Post a Comment