Kliklah di sini


Khazanah Ilmuwan

Terimakasih kerana sudi bertandang. Blog ini cuba memaparkan kitab-kitab dan manuskrip-manuskrip lama dari kalangan para ulamak yang muktabar dari luar dan dalam. Bagi pencinta kitab dan buku, ianya sesuai untuk dijadikan panduan dalam "troli impian belian" anda suatu ketika nanti. Pada mulanya blog ini direka hanya untuk rujukan peribadi dan buat teman-teman yang sama minat namun bila difikirkan berbaloi demi ilmu umat Melayu dan dikemaskini serba sedikit (masih dikemaskini lagi) maka biarlah kini ianya dikongsi bersama sesiapa sahaja yang sudi....

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

27.2.09

Penyelamat Dari Kesesatan



Tajuk: Penyelamat Dari Kesesatan 
Kitab asalnya bertajuk (Munqidh Min Ad-Dalal) 
Oleh: Imam Al-Ghazali 

Sinopsis 
Sebuah autobiografi yang menerangkan pengalaman-pengalaman Imam Al-Ghazali yang terpenting dalam 
bidang akliah dan rohaniah. Ia mencakupi persoalan falsafah, gerakan Batiniah, Ilmu Kalam, 
Tasawuf dan yang teristimewa tentang detik-detik beliau mengubah cara hidupnya meninggalkan 
keagungan dunia akademik di Universiti Nizamiah, Baghdad dan kemewahan yang dimilikinya 
untuk menjadi seorang zahid dan pencari kebenaran. Kitab yang telah menarik perhatian 
ramai di timur maupun di barat, khususnya para sarjana falsafah dan agama, sejak 900 tahun yang lalu, 
kerana kemampuannya memberikan petunjuk kepada manusia untuk mencari kebenaran. 

Kitab ini khusus sebagai panduan kepada murid-murid ilmu suluk, yang berhubung rapat dengan 
kebatinan para murid dalam ilmu shufi. Dimulakan membicarakan mazhab-mazhab syakkiyah 
sebagai pendinding bagi mereka supaya tiada terpesong daripada jalannya yang benar, 
di teruskan pula dengan mendedahkan kategori murid dalam penglibatan masing-masing dalam golongan-golongan mutakallimin (ahli ilmu kalam), bathiniyah (ahli kebatinan), filosuf dan shufi atau mistik. 

Kitab yang setebal hampir 90 mukasurat ini dibahagikan kepada 9 bab kesemuanya.

18.2.09

Imam Jaafar Al Sadiq


Imam Ja’far Al-Sadiq: Pemikirannya Tentang Konsep Ketuhanan 

Penulis : Ahmad Zuhadi Ismail

Penerbit : Penerbit UM

ISBN Number : 983-100-394-2

Tahun : 2006

Jumlah m/surat : 143

Harga : RM30

Deskripsi Buku:

Buku ini membincangkan beberapa konsep yang berkait rapat dengan persoalan ketuhanan seperti makrifat, sifat dan zat seta af’al Allah berdasarkan pemikiran Imam Ja’far al-Sadiq yang selaras dengan keterangan al-Quran dan al-Sunnah.

Persoalan sifat dan zat turut diberikan penekanan dalam pengertian yang sistematik dan rasional serta mudah difahami. Imam Ja’far mengajak manusia menyelami hakikat al-Quran berhubung dengan makrifat Allah untuk meningkatkan kualiti keimanan. Ini kerana makrifat Allah adalah asas daripada seluruh ajaran Islam. Persoalan yang berkait rapat dengan af’al Allah turut dibincangkan. Matlamat akhir kehidupan mausia seperti persoalan petunjuk dan penyesatan juga turut diulas.

Memandangkan konsep ketuhanan ialah konsep yang penting dalam Islam, penulis turut memuatkan pendapat pakar daripada beberapa aliran pemikiran Islam bagi menerangkan dan membandingkannya. Tujuannya adalah untuk melihat persamaan dan perbezaan mengenai konsep ketuhanan.

Buku yang ditulis secara ilmiah ini dapat menjelaskan betapa pentingnya kefahaman yang menyeluruh terhadap konsep ketuhanan untuk mengelakkan masyarakat membuat tafsiran sendiri terhadap hakikat Allah yang akan membawa fahaman al-Mujassimah dan al-Musyabbihah. 

12.2.09

Mencapai Makrifat






ISBN: 983-099-664-6
Kategori: Akidah
Muka Surat: 386
Harga:RM39.00
Tahun: 2005
Pengarang : Ibnu Abdullah Al-Naqsyabandi

Keterangan Buku :
Allah adalah nama bagi Dzat Yang Maha Agung, Tuhan sekalian alam. Allah adalah gelaran khusus bagi Dzat Yang Maha Ghaib. Manusia tidak mempunyai kuasa untuk menggambarkan bagaimana rupa hakikat Dzat Allah itu. Manusia hanya dapat mengenali Allah melalui sifat-sifatNya dan dari segala perbuatan dan kejadiannya.Manusia diperingatkan supaya tidak memikirkan Dzat Allah. Tetapi manusia diwajibkan mengenal Allah dengan sebenar-benar kenal.

Ianya merupakan sebuah buku yang membicarakan tentang ilmu ma'rifat iaitu ilmu mengenal Allah.Diantara pembicaraan yang dipertengahkan ialah berkenaan Mengenal Allah, Mengenal Diri, Islam, Rukun Islam, Rukun Iman, Rumusan Islam, Amalan yang merosakkan Islam, Akidah dan mencapai Ma'rifat.




2.2.09

Darah & Air Mata Rasulullah SAW


ISBN : 983-099-518-6
Kategori : Amalan/Panduan
Muka Surat : 221
Harga:RM14.00
Keluaran : Al Hidayah Publishers
Pengarang : As-Syeikh Ahmad Ridha’ Hasbullah

Keterangan Buku :

Nabi Muhammad SAW adalah insan teladan, sempurna, satu-satunya manusia yang layak dijadikan "Uswah Hasanah" bukan hanya bagi umat Islam sahaja melainkan juga untuk seluruh manusia dan alam.
Baginda SAW lahir dalam keadaan yatim, menjadi piatu semenjak kanakkanak dan serba kekurangan dalam kehidupannya. Hikmah di sebalik itu, Allah SWT menguji, melatih dan mendidik Baginda sejak kecil lagi untuk memimpin manusia dan jin kepada jalan hidyah Allah SWT.
Pendedahan buku ini yang merupakan suka duka manusia teragung, bermula dari kanak-kanak, kehidupan rumah-tangganya dan perjuangan baginda menegakkan kalimah tauhid dalam menghadapi orang-orang kafir, Munafik, Kristian, Yahudi, Majusi dan lain-lain patut diikuti dan dijadikan iktibar sekaligus panduan bagi pejuang, pendahwah dan sekalian umat Islam sampai hari Kiamat.