Kliklah di sini


Khazanah Ilmuwan

Terimakasih kerana sudi bertandang. Blog ini cuba memaparkan kitab-kitab dan manuskrip-manuskrip lama dari kalangan para ulamak yang muktabar dari luar dan dalam. Bagi pencinta kitab dan buku, ianya sesuai untuk dijadikan panduan dalam "troli impian belian" anda suatu ketika nanti. Pada mulanya blog ini direka hanya untuk rujukan peribadi dan buat teman-teman yang sama minat namun bila difikirkan berbaloi demi ilmu umat Melayu dan dikemaskini serba sedikit (masih dikemaskini lagi) maka biarlah kini ianya dikongsi bersama sesiapa sahaja yang sudi....

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

22.3.09

Manhalush Shafi - Syeikh Daud Al Fathani


Manhalush Shafi - Syeikh Daud Al Fathani
Pengarang : Tuan Guru Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah
Terbitan: Khazanah Fathaniyah
Harga: RM18.00
Tahun: 1992
Ukuran : 22.5 x 14.5 cm
Halaman : 222 M/S


Kandungan : Terkandung di dalamnya maklumat penyelidikan kitab Manhalush Shafi, riwayat hidup Syeikh Abdur Rahman Pauh Bok al-Fathani, dan riwayat hidup Syeikh Muhammad Zain al-Fathani. Kandungan transliterasi membicarakan tasawuf haqiqat peringkat tinggi. Dilampirkan juga Manhalush Shafi salinan Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani dan dua buah manuskrip karya Syeikh Daud al-Fathani lainnya.

17.3.09

Dhiyaul Murid (Syeikh Daud Al Fathani) - Pedoman Zikir Menuju Ilahi


Dhiyaul Murid Syeikh Daud Al Fathani -Pedoman Zikir Menuju Ilahi
Pengarang: Tuan Guru Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah
Terbitan: Khazanah Fathaniyah
Harga: RM19.00
Tahun: 2001
Ukuran/Tebal : 22.5 x 14.5 cm
Halaman : 219 M/S

Kandungan : Membicarakan tatacara berzikir menurut Thariqat Syatariyah, data kitab yang asal, sejarah perkembangan Thariqat Syatariyah di Asia Tenggara. Selainnya juga membicarakan riwayat hidup Syeikh 'Abdul Mubin al-Fathani, ulama yang menyebar Islam di Pahang. Turut dengan lampiran beberapa manuskrip karya Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani, di antaranya mengenai Imam Mahdi.

9.3.09

Menyingkap Rahasia Kebahagiaan


Tajuk: Menyingkap Rahasia Kebahagian 
Kitab asalnya bertajuk (Kimiaus-Sa’adah) 
Oleh: Imam Al-Ghazali 

Sinopsis 
“Jika kamu menemui kesulitan dalam memahami spiritualitas agama, bacalah karyaku, Kimiyyah Al-Sa’adah, yang akan membimbingmu ke jalan yang besar dan memberimu, sekurang-kurangnya, 
kesempatan yang dikurniakan Allah kepadamu”. 
Pesan Imam Al-Ghazali dalam suratnya kepada Nizamuddin, Perdana Menteri Seljuk. 

Kitab ini ditulis untuk menjelaskan kimia ruhani yang terkandung di hati para nabi – kimia kebahagiaan, 
yang mampu menghasilkan perubahan layaknya kimia yang mengubah logam biasa menjadi emas. 
Langkah pertama untuk mencapai kimia ruhani tersebut adalah mengenal diri sendiri dan mengenal Allah, 
dan seterusnya mengenal kedua-dua alam dunia dan akhirat. Kemudian dibicarakan 
pula perkara-perkara yang berkaitan rapat dengan keduadua2 alam itu, sehingga mengakhirinya 
dengan bab cinta kepada Allah s.w.t. Sungguh sebuah tema yang teramat tinggi untuk didaki, 
namun disampaikan dngan gaya tutur yang sederhana dan mudah dipahami. 

Kitab yang setebal hampir 221 mukasurat ini dibahagikan kepada 8 bab kesemuanya.. 

7.3.09

Sumber Segala cahaya


Tajuk: Sumber Segala Cahaya 
Kitab asalnya bertajuk (Misykat Al-Anwar) 
Oleh: Imam Al-Ghazali 

Sinopsis 
Hidup ini terdiri dari susunan cahaya-cahaya. Alam dipenuhi oleh cahaya-cahaya lahiriah yang dicerap oleh mata, dan cahaya batiniah yang dicerap oleh akal. Cahaya-cahaya itu melimpah dari satu kepada lainnya, 
seperti melimpahnya cahaya dari pelita. Bila kita umpamakan pelita itu sebagai cahaya kudus kenabian 
(an-nur an-nabawiy al-qudsiy), maka ia memperoleh limpahan cahayanya dari ruh-ruh alam atas (alam malakut). Dan semuanya memuncak dan menunjuk ke arah sumber cahaya, iaitu Allah. Dialah “Cahaya di atas cahaya”(nur ‘ala nur). Begitulah cahaya-cahaya itu memancar dari satu titik menyebar ke seluruh isi alam. 

Dengan cahaya pula Tuhan memperkenalkan DiriNya. Allah menjelaskan tentang 
Dirinya sebagai cahaya. Sebagaimana termaktub dalam surah An-Nur ayat 35 bahawa, 
“Allah adalah cahaya langit dan bumi”. 

Kitab ini merupakan tafsir sufistik Imam Al-Ghazali atas surah An-Nur tersebut yang dianggap sebagai sentral tasawuf. Ia juga merupakan karya yang sangat canggih di antara karya-karya tasawuf lainnya. 
Sedemikian canggihnya karya ini, sehingga oleh para ahli ditempatkan dalam maqam (peringkat) 
tertinggi karya-karya tasawuf bersama beberapa karya lain Imam Al-Ghazali dan magnum opun sufi-sufi besar lainnya. Meskipun ringkas, kitab ini merupakan sumbangan yang sangat menentukan 
bagi upaya memahami tasawuf Imam Al-Ghazali. 

Kitab yang setebal hampir 140 mukasurat ini dibahagikan kepada 3 bab kesemuanya.. 
1. Hakikat Cahaya 
2. Permisalan dalam Al-Quran 
3. Hijab Antara Allah Dan MakhlukNya.