Kliklah di sini


Khazanah Ilmuwan

Terimakasih kerana sudi bertandang. Blog ini cuba memaparkan kitab-kitab dan manuskrip-manuskrip lama dari kalangan para ulamak yang muktabar dari luar dan dalam. Bagi pencinta kitab dan buku, ianya sesuai untuk dijadikan panduan dalam "troli impian belian" anda suatu ketika nanti. Pada mulanya blog ini direka hanya untuk rujukan peribadi dan buat teman-teman yang sama minat namun bila difikirkan berbaloi demi ilmu umat Melayu dan dikemaskini serba sedikit (masih dikemaskini lagi) maka biarlah kini ianya dikongsi bersama sesiapa sahaja yang sudi....

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

7.3.09

Sumber Segala cahaya


Tajuk: Sumber Segala Cahaya 
Kitab asalnya bertajuk (Misykat Al-Anwar) 
Oleh: Imam Al-Ghazali 

Sinopsis 
Hidup ini terdiri dari susunan cahaya-cahaya. Alam dipenuhi oleh cahaya-cahaya lahiriah yang dicerap oleh mata, dan cahaya batiniah yang dicerap oleh akal. Cahaya-cahaya itu melimpah dari satu kepada lainnya, 
seperti melimpahnya cahaya dari pelita. Bila kita umpamakan pelita itu sebagai cahaya kudus kenabian 
(an-nur an-nabawiy al-qudsiy), maka ia memperoleh limpahan cahayanya dari ruh-ruh alam atas (alam malakut). Dan semuanya memuncak dan menunjuk ke arah sumber cahaya, iaitu Allah. Dialah “Cahaya di atas cahaya”(nur ‘ala nur). Begitulah cahaya-cahaya itu memancar dari satu titik menyebar ke seluruh isi alam. 

Dengan cahaya pula Tuhan memperkenalkan DiriNya. Allah menjelaskan tentang 
Dirinya sebagai cahaya. Sebagaimana termaktub dalam surah An-Nur ayat 35 bahawa, 
“Allah adalah cahaya langit dan bumi”. 

Kitab ini merupakan tafsir sufistik Imam Al-Ghazali atas surah An-Nur tersebut yang dianggap sebagai sentral tasawuf. Ia juga merupakan karya yang sangat canggih di antara karya-karya tasawuf lainnya. 
Sedemikian canggihnya karya ini, sehingga oleh para ahli ditempatkan dalam maqam (peringkat) 
tertinggi karya-karya tasawuf bersama beberapa karya lain Imam Al-Ghazali dan magnum opun sufi-sufi besar lainnya. Meskipun ringkas, kitab ini merupakan sumbangan yang sangat menentukan 
bagi upaya memahami tasawuf Imam Al-Ghazali. 

Kitab yang setebal hampir 140 mukasurat ini dibahagikan kepada 3 bab kesemuanya.. 
1. Hakikat Cahaya 
2. Permisalan dalam Al-Quran 
3. Hijab Antara Allah Dan MakhlukNya. 


No comments:

Post a Comment