ISBN: 9789833912087 Pengarang: Khaled M.Abou El Fadl Penerbit: MEGC Tahun: 2007 Mukasurat: 214 Harga: RM25.00 Keterangan Ketaksuban keagamaan berkembang di dunia tidak lama setelah merebajnya ideologi Wahhabi. Ideologi yang disyaki didanai wang Arab Saudi – Negara yang makmur mendadak setelah kenaikan harga minyak – ini bertanggungjawab memusnahkan kewibawaan institusi-institusi tradisional di dunia Muslim. Tradisi intelektual yang merupakan warisan zaman awal Islam musnah dirobohkan puritanisme yang menunjukkan permusuhan terhadap semua bentuk pengetahuan sosial bersifat akademik atau tradisi intelektual yang kritis. Membesar dalam sebuah budaya keagamaan Islam, pengarang Khaled M.Abou El Fadl sentiasa diingatkan oleh guru-gurunya bahawa tidak ada gereja di dalam Islam, dan bahawa tidak ada sesiapa mewakil wibawa Tuhan yang Kudus. Baginya gambaran yang diulang-ulang para guru itu membayangkan kesaksamaan dan kemampuan semua orang untuk mencapai kebenaran Ilahi. Manusia cubauntuk membongkar kehendak Ilahi, tetapi tidak ada seorang pun memiliki wibawa untuk mendakwa bahawa hanya dia mampu menemukannya. Menerusi perbandingan antara authoritative dan authoritarian, antara wibawa dengan kuasa yang memaksa, pengarang buku ini membongkar kalut pemikiranWahhabisme dan Salafisme yang mendakwa ingin memurnikan agama, sedangkan yang dilakukan hanyalah menyuburkan kemalasan berfikir di dunia Muslim. |
22.5.09
Hanya Tuhan Mengenal TenteraNya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment