Kliklah di sini


Khazanah Ilmuwan

Terimakasih kerana sudi bertandang. Blog ini cuba memaparkan kitab-kitab dan manuskrip-manuskrip lama dari kalangan para ulamak yang muktabar dari luar dan dalam. Bagi pencinta kitab dan buku, ianya sesuai untuk dijadikan panduan dalam "troli impian belian" anda suatu ketika nanti. Pada mulanya blog ini direka hanya untuk rujukan peribadi dan buat teman-teman yang sama minat namun bila difikirkan berbaloi demi ilmu umat Melayu dan dikemaskini serba sedikit (masih dikemaskini lagi) maka biarlah kini ianya dikongsi bersama sesiapa sahaja yang sudi....

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

9.1.13

Biografi Agung Rasulullah SAW



Assalamualaikum,  lama juga fakir tak berceloteh dalam blog sama ada dalam Selasar Si Fakir mahupun Khazanah Ilmuwan ini. Rasa-rasanya dah hampir setahun. Baiklah tak usah berceloteh banyak-banyak, sempena kedatangan Maulidur Rasul yang dinanti-nanti tak lama lagi- Fakir nak berkongsi tentang sebuah buku yang Fakir rasa sangat berbaloi membelinya. Selain dari biografi diselit juga gambar-gambar barangan milik Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat baginda yang tercinta. Belilah tak rugi dan sangat berpuas hati.... wallahualam.


Tajuk : Biografi Agung Rasulullah SAW
Penulis : Rusydi Ramli Al-Jauhari
Harga : RM65.00
Penerbit : Must Read Sdn. Bhd
ISBN : 978-967-5426-90-2

Sinopsis
BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar, Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah. Sebagai umat Islam kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa Baginda namun terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan paras rupa Rasulullah yang dimuatkan dalam buku ini.

Buku ini juga memaparkan Perjalanan hidup Rasulullah bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.

SIAPA YANG PERLU MEMILIKI BUKU INI
Buku BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH ini harus dimiliki oleh seluruh umat Islam yang merindui, mencintai dan mengharapkan syafaat Baginda. Buku ini adalah sebahagian kecil usaha untuk kita sama-sama mengenal Rasulullah dan terus kekal rasa cinta kita kepada Baginda.

Firma Allah SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah SWT dan Para MalaikatNya berselawat(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi Muhammad SAW. Wahao orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” 

No comments:

Post a Comment