Kliklah di sini


Khazanah Ilmuwan

Terimakasih kerana sudi bertandang. Blog ini cuba memaparkan kitab-kitab dan manuskrip-manuskrip lama dari kalangan para ulamak yang muktabar dari luar dan dalam. Bagi pencinta kitab dan buku, ianya sesuai untuk dijadikan panduan dalam "troli impian belian" anda suatu ketika nanti. Pada mulanya blog ini direka hanya untuk rujukan peribadi dan buat teman-teman yang sama minat namun bila difikirkan berbaloi demi ilmu umat Melayu dan dikemaskini serba sedikit (masih dikemaskini lagi) maka biarlah kini ianya dikongsi bersama sesiapa sahaja yang sudi....

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

19.6.09

Mun-yatul Mushalli (Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani)


Mun-yatul Mushalli (Syeikh Daud Bin Abdullah Al Fathani) 
Penterjemah: Tuan Guru Haji Wan Mohd Shaghir bin Abdullah
Terbitan: Khazanah Fathaniyah
Tahun:2006
Harga: RM18.00
Ukuran/Tebal : 22.5 x 14.5cm
Halaman : 230 M/S

Sinopsis
Buku ini adalah transliterasi kitab karya Syeikh Daud al-Fathani, khusus mengenai pengetahuan sembahyang. Di dalamnya turut dibicarakan ringkasan riwayat pengarangnya, iaitu Syeikh Daud al-Fathani. Khusus mengenai pengetahuan sembahyang yang dibicarakan adalah meliputi syarat-syarat sembahyang, rukun-rukun sembahyang, sunatAb-'adh dan Hai-at, asal-usul sembahyang, hikmah dan kesempurnaan pengamalan, sujud Sahwi, makruh dalam sembahyang, sunat-sunat sesudah sembahyang, sembahyang berjama'ah dan Jumaat, dan sembahyang-sembahyang sunat.

16.6.09

Manusia Dan Islam Jilid 2

Manusia Dan Islam Jilid 2
Penulis: Dr. Haron Din
Penerbit: DBP
No. KK: 290 46284105
No. ISBN: 9836215220
Tahun Terbitan: 2000
Harga Buku: RM20.00

Sinopsis
"Buku ini memberikan pelbagai ilmu dan tafsiran asas agama Islam dan kehidupan masyarakat Islam dari aspek manusia dan moral, manusia dan masyarakat, kewajipan mendirikan masyarakat islam, asas pembentukan masyarakat, kewajipan mendirikan masyarakat Islam, asas pembentukan masyarakat Islam, bidang undang-undang Islam, manusia dan jihad dan konsep kemenangan dan perhambaan. Buku ini terdiri daripada tiga jilid. Amat baik sekiranya pembaca dapat memiliki ketiga-tiga jilid tersebut."

5.6.09

Siri Kegemilangan Anbiya' Kisah Nabi Yusuf Buku 12: Godaan Zulaikha


Siri Kegemilangan Anbiya' Kisah Nabi Yusuf Buku 12: Godaan Zulaikha 
Penulis: Mohd. Zaid Sani, Ayesha Abdullah Scott
Penerbit: DBP
No. KK: 2907101597101
No. ISBN: 9836279369
Tahun Terbitan: 2004
Harga Buku: RM20.00

Sinopsis
Kisah yang dipaparkan dalam buku Siri Kegemilangan Anbiya' ini adalah berkisar tentang Zulaikha yang terlalu mencintai Nabi Yusuf a.s. telah merancang dan menggoda baginda. Kerinduan dan rasa cintanya yang tidak tertahan kepada Nabi Yusuf a.s. menyebabkan Zulaikha tidak dapat melelapkan mata dan asyik terkenangkan Nabi Yusuf. Atas nasihat seorang pengasuhnya, Zulaikha telah merancang satu rancangan bagi menggoda Nabi Yusuf. Setelah menghiaskan diri dengan pakaian yang nipis dan memakai wangian, Zulaikha telah memanggil Nabi Yusuf a.s. masuk ke biilknya. Setelah Nabi Yusuf a.s. memasuki bilik tersebut, Zulaikha dengan pantas menutup pintu dan menguncinya. Lalu tanpa segan silu lagi Zulaikha telah menggoda agar memenuhi keinginannya yang sekian lama terpendam itu. Nabi Yusuf a.s. telah menolak segala permintaan Zulaikha itu dan berusaha untuk melepaskan diri dari bilik tersebut. Apakah yang bakal berlaku antara Zulaikha dan Nabi Yusuf a.s.? Bagaimanakah caranya Nabi Yusuf a.s. melepaskan diri? Dapatkan siri buku ini bagi mengetahui kesudahan cerita yang menarik ini dan amat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan untuk kanak-kanak."

3.6.09

Ajaran Sesat Edisi Keempat


Ajaran Sesat Edisi Keempat 
Penulis: Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim
Penerbit: DBP
No. KK: 294 30745404
No. ISBN: 983627524X
Tahun Terbitan: 2003
Harga Buku: RM15.00

Sinopsis
Buku ini menghuraikan maklumat lengkap tentang ajaran sesat di Malaysia. Penulis telah membuat rujukan khas terhadap kes-kes di negara kita dan di dalam masyarakat Islam di negara-negara lain. Usaha beliau ini patut dipuji dan patut dibaca oleh setiap umat Islam. Banyak jawapan diberikan oleh penulisnya terhadap persoalan ajaran sesat. Pendedahan yang dibuat oleh Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim telah menyingkap rahsia ajaran sesat ini."