Kliklah di sini


Khazanah Ilmuwan

Terimakasih kerana sudi bertandang. Blog ini cuba memaparkan kitab-kitab dan manuskrip-manuskrip lama dari kalangan para ulamak yang muktabar dari luar dan dalam. Bagi pencinta kitab dan buku, ianya sesuai untuk dijadikan panduan dalam "troli impian belian" anda suatu ketika nanti. Pada mulanya blog ini direka hanya untuk rujukan peribadi dan buat teman-teman yang sama minat namun bila difikirkan berbaloi demi ilmu umat Melayu dan dikemaskini serba sedikit (masih dikemaskini lagi) maka biarlah kini ianya dikongsi bersama sesiapa sahaja yang sudi....

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

5.6.09

Siri Kegemilangan Anbiya' Kisah Nabi Yusuf Buku 12: Godaan Zulaikha


Siri Kegemilangan Anbiya' Kisah Nabi Yusuf Buku 12: Godaan Zulaikha 
Penulis: Mohd. Zaid Sani, Ayesha Abdullah Scott
Penerbit: DBP
No. KK: 2907101597101
No. ISBN: 9836279369
Tahun Terbitan: 2004
Harga Buku: RM20.00

Sinopsis
Kisah yang dipaparkan dalam buku Siri Kegemilangan Anbiya' ini adalah berkisar tentang Zulaikha yang terlalu mencintai Nabi Yusuf a.s. telah merancang dan menggoda baginda. Kerinduan dan rasa cintanya yang tidak tertahan kepada Nabi Yusuf a.s. menyebabkan Zulaikha tidak dapat melelapkan mata dan asyik terkenangkan Nabi Yusuf. Atas nasihat seorang pengasuhnya, Zulaikha telah merancang satu rancangan bagi menggoda Nabi Yusuf. Setelah menghiaskan diri dengan pakaian yang nipis dan memakai wangian, Zulaikha telah memanggil Nabi Yusuf a.s. masuk ke biilknya. Setelah Nabi Yusuf a.s. memasuki bilik tersebut, Zulaikha dengan pantas menutup pintu dan menguncinya. Lalu tanpa segan silu lagi Zulaikha telah menggoda agar memenuhi keinginannya yang sekian lama terpendam itu. Nabi Yusuf a.s. telah menolak segala permintaan Zulaikha itu dan berusaha untuk melepaskan diri dari bilik tersebut. Apakah yang bakal berlaku antara Zulaikha dan Nabi Yusuf a.s.? Bagaimanakah caranya Nabi Yusuf a.s. melepaskan diri? Dapatkan siri buku ini bagi mengetahui kesudahan cerita yang menarik ini dan amat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan untuk kanak-kanak."

No comments:

Post a Comment