Kliklah di sini


Khazanah Ilmuwan

Terimakasih kerana sudi bertandang. Blog ini cuba memaparkan kitab-kitab dan manuskrip-manuskrip lama dari kalangan para ulamak yang muktabar dari luar dan dalam. Bagi pencinta kitab dan buku, ianya sesuai untuk dijadikan panduan dalam "troli impian belian" anda suatu ketika nanti. Pada mulanya blog ini direka hanya untuk rujukan peribadi dan buat teman-teman yang sama minat namun bila difikirkan berbaloi demi ilmu umat Melayu dan dikemaskini serba sedikit (masih dikemaskini lagi) maka biarlah kini ianya dikongsi bersama sesiapa sahaja yang sudi....

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

26.4.10

Hidayatus Salikin (Jilid 1-3)


Hidayatus Salikin Jilid 1 - 3
Jenis Buku (transliterassi kitab)
Kitab Asal Syeikh Abdus Shamad Al Palembani
Harga Jilid 1: RM18.00
          Jilid 2: RM24.00
          Jilid 3: RM25.00

Kitab Hidayatus Salikin karya Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani ini mengandungi tiga jilid.
Kandungan Jilid Pertama :
Membicarakan pengenalan data kitab. Kandungan transliterasi menggalakkan berbagai-bagai amalan berdasarkan al-Quran, Hadist dan pendapat para ulama. Dilampirkan juga karya Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani yang berjudul Zahratul Murid.
Keterangan : Transliterasi kitab Hidayatus Salikin fi Suluki Maslakil Muttaqin karya Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani. Terbitan ini dengan tambahan lampiran risalah berjudul Najatul Ikhwan karya Saiyid 'Utsman Betawi.
Ukuran/Tebal : 22 x 14.5 cm
Halaman : 195 M/S
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kandungan Jilid Kedua :
Membicarakan nafsu mahmudah dan mazmumah. Dilampirkan juga manuskrip Tuhfatul Mursalahbergantung makna Melayu oleh Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, Lubatut Tasawuf bergantung makna Melayu oleh Syeikh Abdur Rauf bin 'Ali al-Fansuri dan Fathur Rahman oleh Syeikh Muhammad Arsyad bin 'Abdullah al-Banjari.
Ukuran/Tebal : 22 x 14.5 cm
Halaman : 271 M/S
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kandungan Jilid Ketiga : 
Transliterasi merupakan kelanjutan jilid pertama dan kedua. Dilengkapi dengan glosari dan satu judul'Pembelaan untuk Kitab Hidayatus Salikin dan Siyarus Salikin'. Buku ini diakhiri dengan lampiran kitabHidayatus Salikin dalam bentuk tulisan Melayu/Jawi secara lengkap.
Ukuran/Tebal : 22 x 14.5 cm
Halaman : 284 M/S

No comments:

Post a Comment