Kliklah di sini


Khazanah Ilmuwan

Terimakasih kerana sudi bertandang. Blog ini cuba memaparkan kitab-kitab dan manuskrip-manuskrip lama dari kalangan para ulamak yang muktabar dari luar dan dalam. Bagi pencinta kitab dan buku, ianya sesuai untuk dijadikan panduan dalam "troli impian belian" anda suatu ketika nanti. Pada mulanya blog ini direka hanya untuk rujukan peribadi dan buat teman-teman yang sama minat namun bila difikirkan berbaloi demi ilmu umat Melayu dan dikemaskini serba sedikit (masih dikemaskini lagi) maka biarlah kini ianya dikongsi bersama sesiapa sahaja yang sudi....

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

16.5.10

Lembaga Budi-Perhiasan Insan Cemerlang


Tajuk : Lembaga Budi - Perhiasan Insan Cemerlang 
Pengarang : Prof Dr. Hamka
Penerbit : Pustaka Dini Sdn Bhd
Harga: RM17.50
ISBN : 978-983-9422-52-8
Mukasurat : 224 Halaman

Sinopsis
Kelebihan dan perbezaan manusia daripada makhluk lain, ialah manusia itu bilamana bergerak, gerak dan gerinya itu timbul dari dalam, bukan dari luar. Segala usaha, pekerjaan, langkah yang dilangkahkan, semuanya itu timbul daripada suatu maksud yang tertentu dan datang dari suatu perasaan yang tinggi, yang mempunyai kekuasaan penuh dalam dirinya. Tidak demikian dengan binatang. Gerak-geri binatang hanya tunduk kepada gharizah semata-mata, tidak disertai oleh pertimbangan.

Kerana, pada manusia itu ada kekuatan menimbang, wajiblah ikhtiarnya itu dibawanya kepada yang lebih dalam. Pengalamannya, penderitaannya, kejatuhannya, kegagalan dan kecewa dan seumpamanya, semua itu laksana wang sekolah, wang bayaran bagi keinsafannya menimbang dan berusaha pada zaman yang akan datang. Keutamaan budi, itulah tujuan yang akhir. Menyingkirkan diri dari kebinatangan, itulah cita-cita yang mulia. Bukit itulah yang didaki orang budiman, setengah jatuh dan setengah bangun, ada yang tidak tahan, ada yang lemah kakinya, lalu terjatuh dan tidak bangun lagi. Ada pula yang tegak kembali, dan melangkah terus perlahan-lahan tapi pastinya, tidak mengenal putus asa.

Hidup berbudi itu tujuan kita, kata Prof. Dr. Hamka :
Diribut runduklah padi,
Dicupak Datuk Temanggung;
Hidup kalau tidak berbudi,
Duduk tegak ke mari canggung.

No comments:

Post a Comment