Kliklah di sini


Khazanah Ilmuwan

Terimakasih kerana sudi bertandang. Blog ini cuba memaparkan kitab-kitab dan manuskrip-manuskrip lama dari kalangan para ulamak yang muktabar dari luar dan dalam. Bagi pencinta kitab dan buku, ianya sesuai untuk dijadikan panduan dalam "troli impian belian" anda suatu ketika nanti. Pada mulanya blog ini direka hanya untuk rujukan peribadi dan buat teman-teman yang sama minat namun bila difikirkan berbaloi demi ilmu umat Melayu dan dikemaskini serba sedikit (masih dikemaskini lagi) maka biarlah kini ianya dikongsi bersama sesiapa sahaja yang sudi....

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

25.1.12

Al-Durru Al-Thamin (Permata Yang Indah)


ISBN: 9670267382
Pengarang : Al-Alim Al-Allamah wa Al-Arif Al-Rabbani Al-Syeikh Daud bin Al-Syeikh Abdullah Al-Fathani
Alih Tulisan Jawi ke Rumi:Ustazah Noraine Abu & Ustaz Mashadi Masyuti
Muka Surat: 311

Harga: RM22.00 (fakir beli dengan harga diskaun RM19.00) 
Terbitan: Al-Hidayah House Of Publishers Sdn.Bhd


Keterangan Buku:
Al-Dur al- Thamin(Permata yang Indah) merupakan sebuah kitab yang menyatakan tentang iktiqad bagi semua orang beriman iaitu karangan al-'Alim al-'Allamah al-Syeikh Daud bin al-Syeikh Abdullah al-Fathani. Kitab ini asalnya ditulis dalam tulisan, jawi dan ia amat terkenal di kalangan pelajar-pelajar pondok dan turut digunakan sebagai bahan pengajian di masjid-masjid dan juga di surau-surau.


Di antara pengisian yang boleh kita peroleh di dalam kitab ini adalah berkenalan pengenalan Ilmu Usuluddin, huraian sifat -sifat yang wajib, yang mustahil dan yang harus bagi Allah Ta'ala dan bagi para Rasul Allah dengan mendatangkan dalil-dalil yang berkaitan dengannya. Dan pada akhir perbahasan kitab ini turut membincangkan tentang perkara-perkara lain yang perlu kita iktiqadkan agar akidah kita terjamin selamat daripada fahaman-fahaman dan pandangan-pandangan yang menyesatkan, wal'iyya dzubillah.


Bagi memudahkan para pembaca, buku ini diterbitkan semula dalam tulisan rumi tanpa mengubah sebarang perkataan yang terdapat dalam teks asalnya supaya para pembaca dapat mengikuti setiap patah perkataannya apabila berguru kelak. Semoga segala usaha ini dapat memberi manfaat yang besar buat para pencinta ilmu di mana jua berada dan diberkati Allah jua hendaknya.





No comments:

Post a Comment