Kliklah di sini


Khazanah Ilmuwan

Terimakasih kerana sudi bertandang. Blog ini cuba memaparkan kitab-kitab dan manuskrip-manuskrip lama dari kalangan para ulamak yang muktabar dari luar dan dalam. Bagi pencinta kitab dan buku, ianya sesuai untuk dijadikan panduan dalam "troli impian belian" anda suatu ketika nanti. Pada mulanya blog ini direka hanya untuk rujukan peribadi dan buat teman-teman yang sama minat namun bila difikirkan berbaloi demi ilmu umat Melayu dan dikemaskini serba sedikit (masih dikemaskini lagi) maka biarlah kini ianya dikongsi bersama sesiapa sahaja yang sudi....

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

19.1.12

Siri Ilmu Tasawuf Syarah Hikam Tok Pulau Manis


Author : Amdan Bin Hamid
Pages : 495, Hardcover
Our Ref : PJ-2062
ISBN : 978-967-308-199-8

Harga : RM65.00

Synopsis : 
Kitab inilah yang patut dipelajarinya. Umpama emas sudah diujinya. Dan juga umpama makanan yang terhidang. Dan yang lain itu tudung sajinya.Dan juga umpama buah-buahan.Isinya dan minyak dalam bijinya. Kerana ialah menyampaikan kepada Tuhan. Lagi besar pahala dan gajinya. Dan yang mendapat ilmunya dan mengamalkan.Orang itulah yang sebenar dipujinya.Syurga itulah kediaman yang kekal. Ilmu ini pintunya dan bajinya.Dan yang jahil tentangnya api neraka.Selar sengat tikaman gergajinya. Ya Rabb, kurniakanlah futuh-Mu. Bagi setiap hamba yang mengajinya.

Ringkasan

Abdul Malik bin Abdullah (1650-an - 1736) atau lebih dikenali sebagai Tok Ku Pulau Manis merupakan salah seorang tokoh ulamak di nusantara yang terkemuka.

Abdul Malik bin Abdullah atau nama penuhnya Syeikh Abdul Malik bin Abdullah merupakan salah seorang daripada ulamak Melayu yang bertanggung jawab mengembangkan syiar Islam di nusantara.

Tok Pulau Manis sewaktu hidup pernah menjadi penasihat kepada pemerintah Terengganu, Sultan Zainal Abidin. Selepas bersara beliau berhijrah ke Serada dan antara jasa beliau di kampung tersebut ialah mengasaskan madrasah mengikut sistem yang diamalkan di Masjidil Haram di Mekah. Kini, makam beliau sering dikunjungi para pelawat dari serata tempat sebagai menghormati jasanya dan melampirkan doa untuk kesejahteraan beliau. 


Adalah dinasihatkan pada para pembaca agar belajar atau bertanya kepada guru yang rasikh ilmunya lagi mursyid, supaya tiada tersalah faham atau tersalah tafsir akan kalam-kalam hikam tersebut.









No comments:

Post a Comment