Kliklah di sini


Khazanah Ilmuwan

Terimakasih kerana sudi bertandang. Blog ini cuba memaparkan kitab-kitab dan manuskrip-manuskrip lama dari kalangan para ulamak yang muktabar dari luar dan dalam. Bagi pencinta kitab dan buku, ianya sesuai untuk dijadikan panduan dalam "troli impian belian" anda suatu ketika nanti. Pada mulanya blog ini direka hanya untuk rujukan peribadi dan buat teman-teman yang sama minat namun bila difikirkan berbaloi demi ilmu umat Melayu dan dikemaskini serba sedikit (masih dikemaskini lagi) maka biarlah kini ianya dikongsi bersama sesiapa sahaja yang sudi....

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

31.1.09

Al Iman




ISBN : 983-9188-63-1
Kategori : Akidah/Akhlak
Muka Surat: 358
Harga: RM18.00
Tahun: 1996
Pengarang : Abdul Majid Az Zindani
Terjemahan : Mahyuddin Abdullah

Keterangan buku:
Sesuatu yang paling berharga di dalam hidup manusia adalah IMAN. Orang yang ada IMAN telah terbukti bahawa mereka adalah orang yang berjaya dunia dan berbahagia di akhirat.
Dengan IMAN saja musuh dalam ketakutan dan orang mukmin hidup di dalam kasih sayang. IMAN penyelamat diri dari kebinasaan clan penghalang tercebur ke dalam neraka. Ini bererti jika kita mahu kebahagiaan yang sejati sama ada di dunia mahupun di akhirat maka berusahalah kita memiliki IMAN. Justeru itu IMAN yang hendak kita miliki itu bukan boleh di bell atau di jual tetapi perlu kepada 'Mujahadah', `Pengorbanan', 'Perjuangan' dan sedia mengharungi 'Liku-liku Penderitaan'. Ini sajalah jalan untuk kita memiliki IMAN itu.

Untuk lebih jelas lagi tentang persoalan IMAN ini maka milikilah buku ini, Insya Allah Pembaca budiman dapat jawapan dan menunjukkan kita jalan-jalan membina IMAN di dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara.

27.1.09

Karya Klasik Melayu Islam



Karya Klasik Melayu Islam
Penulis: Mahayudin Hj. Yahya
Penerbit: DBP
No. KK: 899 82014101
No. ISBN: 9836256792
Tahun Terbitan: 2000
Harga Buku: RM35.00 



Sinopsis Buku
"Buku ini mengkaji beberapa buah manuskrip lama hasil tulisan ulama-ulama terkenal termasuk Hamzah Fansuri, Burhan al-Din al-Kurani, Syihab al-Din al-Jawi dan Abu al-Fauz al-Marzuqi. Sejumlah 86 buah manuskrip Melayu-Islam telah dipilih untuk dijadikan bahan kajian dan lima daripadanya telah ditaransliterasi dan dianalisis kandungannya. Kajian ini bertujuan untuk membuat pendedahan serta memberi peluang kepada kepada generasi masa kini untuk memahami dan mendalami ilmu dan pemikiran silam. Ini juga merupakan usaha kesarjanaan terhadap bidang yang kurang diberi perhatian berbanding dengan penyelidikan bidang-bidang lain. Oleh itu, kajian ini amat penting dan bermanafat bagi mengembalikan kegemilangan dan keluhuran tamadun silam dalam usaha membina ilmu pada masa akan datang."

23.1.09

50 Tanda Tanda Orang Munafik




ISBN : 967-5115-07-6
Kategori : Akidah
Muka Surat: 107
Harga: RM6.00
Penyusun : Drs. Hanafi Mohamad
Penerbit: Al Hidayah Publishers
Tahun: 2003

Sinopsis buku:
Sejak Islam dan umatnya wujud di muka bumi ini tidak akan putus ancaman dan serangan oleh musuh-musuh terhadapnya.Sejarah juga membuktikan Islam bangkit bukan dengan jalan yang mudah. Ancaman ke atasnya dilakukan dari setiap penjuru dan berbagai strategi. Lantaran itu cukuplah sejarah lampau itu mengajar kita bagaimana untuk berhadapan dengan musuh-musuh Islam yang terang mahupun yang tersembunyi.
Risalah ini memandu kita mengenal musuh dalam selimut, yang acapkali strateginya membuatkan umat Islam terpedaya dan tewas. Penyusun buku ini telah menggarapkan 50 tanda-tanda musuh dalam Islam iaitu, Munafik.Pengenalan ini sebagai usaha agar kita tidak mudah tertipu dengan tingkah laku dan taktik mereka. Menjauhi golongan ini dan tidak memiliki sifat mereka adalah langkah untuk memajukan Islam dan menyingkir segala bentuk dan rupa kemunafikan.

16.1.09

Jalan Hidup Kaum Sufi




Tajuk: Jalan Hidup Kaum Sufi
Kitab asalnya bertajuk (Majmu’ah Rasa’il Al Imam Al Ghazaliy)
Keluaran : Pustaka Media
Oleh: Imam Al-Ghazali

Sinopsis
Manusia itu aneh. Meskipun bergelimang dosa, ia masih ingin dicintai dan dibuai kasih sayang.
Walaupun sepak terajangnya berkali-kali menabrak rambu-2 Tuhan, ia tidak ingin
diusir dari pelataran kasih sayang-Nya dan dilepas dari dakapan cinta-Nya.
Itulah kudrat manusia yang sentiasa ingin dilindungi dan disapa.

Namun akhirnya ia sedar dan bertaubat. Ia rindu dan haus dengan kasih sayangNya.
Untuk memuaskan dahaga jiwanya, manusia mengembara merentas liku-liku jalan,
menebus sebarang kesalahannya, dan kemudian berusaha merengkuh kasih sayang.
Itulah impian para pendosa yang bertaubat menuju jalan kaum sufi.

Jalan itu lebih harum daripada minyak kasturi, lebih mempercepat sampai ke tujuan ketimbang kilatan cahaya,
dan lebih mengasyikkan ketimbang bercengkerama dengan gadis-gadis jelita.

Lantas bisikan siapakah yang dapat menuntunnya ?.
Bisikan jalan Sufi. Suara nurani kaum sufi yang membisikan suara Tuhan.

Buku ini membahaskan bagaiman kaum sufi menempuh jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Tentu sangat bermanafaat bagi kita bagi menyempurnakan agama dan menyucikan jiwa dari kotoran duniawi.

Dalam kitab setebal 144 mukasurat ini dihuraikan 4 bab kesemuanya:
1. Jalan orang-orang makrifat
2. Ilmu Ladunni
3. Kelompok-kelompok Islam
4. Nasihat Untuk Pencari Kebenaran

7.1.09

Kitab Bahaya Lisan - Al Imam Ghazali



Tajuk: Bahaya Lisan
Kitab asalnya bertajuk (A'fat Al-Lisan)
Keluaran : Qisthi
Oleh: Imam Al-Ghazali

Sinopsis
Banyak yang meyakini lisan adalah salah satu sumber masalah. Ketika orang banyak bicara,
maka kemungkinan untuk mengatakan yang tidak benar akan lebih besar daripada orang yang diam.

Imam Al Ghazali, dalam kitab ini menghuraikan kaitan lisan kita dengan amal seharian.
Artinya, segala ucapan harus didasarkan pada penghayatan. Orang tidak asal saja memaki,
menghujat, mencela dan menggibah. Sebelum itu, ia harus menimbang dulu apa yang harus ia katakan,
perlu atau tidak, seberapa detail yang harus ia katakan atau malah diam.

Imam Al Ghazali banyak mengutip hadis maupun atsar yang menjelaskan bahaya lisan serta langkah-langkah untuk menghindarinya..

Kitab yang setebal 191 mukasurat ini dibahagikan kepada 21 bab kesemuanya..