Kliklah di sini


Khazanah Ilmuwan

Terimakasih kerana sudi bertandang. Blog ini cuba memaparkan kitab-kitab dan manuskrip-manuskrip lama dari kalangan para ulamak yang muktabar dari luar dan dalam. Bagi pencinta kitab dan buku, ianya sesuai untuk dijadikan panduan dalam "troli impian belian" anda suatu ketika nanti. Pada mulanya blog ini direka hanya untuk rujukan peribadi dan buat teman-teman yang sama minat namun bila difikirkan berbaloi demi ilmu umat Melayu dan dikemaskini serba sedikit (masih dikemaskini lagi) maka biarlah kini ianya dikongsi bersama sesiapa sahaja yang sudi....

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

27.1.09

Karya Klasik Melayu Islam



Karya Klasik Melayu Islam
Penulis: Mahayudin Hj. Yahya
Penerbit: DBP
No. KK: 899 82014101
No. ISBN: 9836256792
Tahun Terbitan: 2000
Harga Buku: RM35.00 



Sinopsis Buku
"Buku ini mengkaji beberapa buah manuskrip lama hasil tulisan ulama-ulama terkenal termasuk Hamzah Fansuri, Burhan al-Din al-Kurani, Syihab al-Din al-Jawi dan Abu al-Fauz al-Marzuqi. Sejumlah 86 buah manuskrip Melayu-Islam telah dipilih untuk dijadikan bahan kajian dan lima daripadanya telah ditaransliterasi dan dianalisis kandungannya. Kajian ini bertujuan untuk membuat pendedahan serta memberi peluang kepada kepada generasi masa kini untuk memahami dan mendalami ilmu dan pemikiran silam. Ini juga merupakan usaha kesarjanaan terhadap bidang yang kurang diberi perhatian berbanding dengan penyelidikan bidang-bidang lain. Oleh itu, kajian ini amat penting dan bermanafat bagi mengembalikan kegemilangan dan keluhuran tamadun silam dalam usaha membina ilmu pada masa akan datang."

No comments:

Post a Comment