Kliklah di sini


Khazanah Ilmuwan

Terimakasih kerana sudi bertandang. Blog ini cuba memaparkan kitab-kitab dan manuskrip-manuskrip lama dari kalangan para ulamak yang muktabar dari luar dan dalam. Bagi pencinta kitab dan buku, ianya sesuai untuk dijadikan panduan dalam "troli impian belian" anda suatu ketika nanti. Pada mulanya blog ini direka hanya untuk rujukan peribadi dan buat teman-teman yang sama minat namun bila difikirkan berbaloi demi ilmu umat Melayu dan dikemaskini serba sedikit (masih dikemaskini lagi) maka biarlah kini ianya dikongsi bersama sesiapa sahaja yang sudi....

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

16.1.09

Jalan Hidup Kaum Sufi




Tajuk: Jalan Hidup Kaum Sufi
Kitab asalnya bertajuk (Majmu’ah Rasa’il Al Imam Al Ghazaliy)
Keluaran : Pustaka Media
Oleh: Imam Al-Ghazali

Sinopsis
Manusia itu aneh. Meskipun bergelimang dosa, ia masih ingin dicintai dan dibuai kasih sayang.
Walaupun sepak terajangnya berkali-kali menabrak rambu-2 Tuhan, ia tidak ingin
diusir dari pelataran kasih sayang-Nya dan dilepas dari dakapan cinta-Nya.
Itulah kudrat manusia yang sentiasa ingin dilindungi dan disapa.

Namun akhirnya ia sedar dan bertaubat. Ia rindu dan haus dengan kasih sayangNya.
Untuk memuaskan dahaga jiwanya, manusia mengembara merentas liku-liku jalan,
menebus sebarang kesalahannya, dan kemudian berusaha merengkuh kasih sayang.
Itulah impian para pendosa yang bertaubat menuju jalan kaum sufi.

Jalan itu lebih harum daripada minyak kasturi, lebih mempercepat sampai ke tujuan ketimbang kilatan cahaya,
dan lebih mengasyikkan ketimbang bercengkerama dengan gadis-gadis jelita.

Lantas bisikan siapakah yang dapat menuntunnya ?.
Bisikan jalan Sufi. Suara nurani kaum sufi yang membisikan suara Tuhan.

Buku ini membahaskan bagaiman kaum sufi menempuh jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Tentu sangat bermanafaat bagi kita bagi menyempurnakan agama dan menyucikan jiwa dari kotoran duniawi.

Dalam kitab setebal 144 mukasurat ini dihuraikan 4 bab kesemuanya:
1. Jalan orang-orang makrifat
2. Ilmu Ladunni
3. Kelompok-kelompok Islam
4. Nasihat Untuk Pencari Kebenaran

No comments:

Post a Comment