Kliklah di sini


Khazanah Ilmuwan

Terimakasih kerana sudi bertandang. Blog ini cuba memaparkan kitab-kitab dan manuskrip-manuskrip lama dari kalangan para ulamak yang muktabar dari luar dan dalam. Bagi pencinta kitab dan buku, ianya sesuai untuk dijadikan panduan dalam "troli impian belian" anda suatu ketika nanti. Pada mulanya blog ini direka hanya untuk rujukan peribadi dan buat teman-teman yang sama minat namun bila difikirkan berbaloi demi ilmu umat Melayu dan dikemaskini serba sedikit (masih dikemaskini lagi) maka biarlah kini ianya dikongsi bersama sesiapa sahaja yang sudi....

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

23.1.09

50 Tanda Tanda Orang Munafik




ISBN : 967-5115-07-6
Kategori : Akidah
Muka Surat: 107
Harga: RM6.00
Penyusun : Drs. Hanafi Mohamad
Penerbit: Al Hidayah Publishers
Tahun: 2003

Sinopsis buku:
Sejak Islam dan umatnya wujud di muka bumi ini tidak akan putus ancaman dan serangan oleh musuh-musuh terhadapnya.Sejarah juga membuktikan Islam bangkit bukan dengan jalan yang mudah. Ancaman ke atasnya dilakukan dari setiap penjuru dan berbagai strategi. Lantaran itu cukuplah sejarah lampau itu mengajar kita bagaimana untuk berhadapan dengan musuh-musuh Islam yang terang mahupun yang tersembunyi.
Risalah ini memandu kita mengenal musuh dalam selimut, yang acapkali strateginya membuatkan umat Islam terpedaya dan tewas. Penyusun buku ini telah menggarapkan 50 tanda-tanda musuh dalam Islam iaitu, Munafik.Pengenalan ini sebagai usaha agar kita tidak mudah tertipu dengan tingkah laku dan taktik mereka. Menjauhi golongan ini dan tidak memiliki sifat mereka adalah langkah untuk memajukan Islam dan menyingkir segala bentuk dan rupa kemunafikan.

No comments:

Post a Comment