Kliklah di sini


Khazanah Ilmuwan

Terimakasih kerana sudi bertandang. Blog ini cuba memaparkan kitab-kitab dan manuskrip-manuskrip lama dari kalangan para ulamak yang muktabar dari luar dan dalam. Bagi pencinta kitab dan buku, ianya sesuai untuk dijadikan panduan dalam "troli impian belian" anda suatu ketika nanti. Pada mulanya blog ini direka hanya untuk rujukan peribadi dan buat teman-teman yang sama minat namun bila difikirkan berbaloi demi ilmu umat Melayu dan dikemaskini serba sedikit (masih dikemaskini lagi) maka biarlah kini ianya dikongsi bersama sesiapa sahaja yang sudi....

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

21.12.09

Faridatul Faraid


Faridatul Faraid-Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Syeikh Ahmad al Fathani
Pengarang: Tuan Guru Haji Mohd Shaghir bin Abdullah
Terbitan: Khazanah Fathaniyah
Tahun:2009
Harga: RM28.00
Ukuran/Tebal : 22.5 x 14.5 cm
Halaman : 272 M/S

Sinopsis
Membicarakan sejarah ringkas ilmu Tauhid di Asia Tenggara, gambaran ringkas pengenalan Faridatul Faraidkarya Syeikh Ahmad al-Fathani. Kandungan transliterasi membicarakan 'Aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang dilengkapi dengan nota-nota yang panjang. Terlampir juga tiga judul manuskrip karya Syeikh Ahmad al-Fathani dalam bahasa Arab, iaitu Jumanatut Tauhid, Munjiyatul 'Awam dan Minhajus Salam.

6.7.09

Sabar


Sabar
Judul Asli : Ahla Wa A'dzab Wa Ajmal Ma QilaFi Ash-Shabr
Pengarang : Abdullah Al-Yamani
Terbitan: Qisthi Press
Harga: RM52.00
345 m/surat
Hard Cover
ISBN : 9789791303323

Sinopsis
Kesabaran adalah suatu tolok ukur keimanan dan keperibadian seorang muslim, Sifat luhur ini akan membawa  pemiliknya untuk meraih darjat keimanan dan akhlak yang lebih tinggi.Oleh kerana itu, setiap muslim yang tulus wajib memiliki sifat ini samada melatih diri masing-masing ataupun mengikut ajaran-ajaran agama yang termaktub dalam al qur an dan nas serta suri tauladan dari para pendahulu kita yang soleh.

Buku ini menerangkan segala genap aspek kesabaran dari sudut pandang al qur an dan hadis.Pesanan-pesanan yang disampaikannya pun tidak terlalu melulu dan berupa dalil-dalil normatif.


19.6.09

Mun-yatul Mushalli (Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani)


Mun-yatul Mushalli (Syeikh Daud Bin Abdullah Al Fathani) 
Penterjemah: Tuan Guru Haji Wan Mohd Shaghir bin Abdullah
Terbitan: Khazanah Fathaniyah
Tahun:2006
Harga: RM18.00
Ukuran/Tebal : 22.5 x 14.5cm
Halaman : 230 M/S

Sinopsis
Buku ini adalah transliterasi kitab karya Syeikh Daud al-Fathani, khusus mengenai pengetahuan sembahyang. Di dalamnya turut dibicarakan ringkasan riwayat pengarangnya, iaitu Syeikh Daud al-Fathani. Khusus mengenai pengetahuan sembahyang yang dibicarakan adalah meliputi syarat-syarat sembahyang, rukun-rukun sembahyang, sunatAb-'adh dan Hai-at, asal-usul sembahyang, hikmah dan kesempurnaan pengamalan, sujud Sahwi, makruh dalam sembahyang, sunat-sunat sesudah sembahyang, sembahyang berjama'ah dan Jumaat, dan sembahyang-sembahyang sunat.

16.6.09

Manusia Dan Islam Jilid 2

Manusia Dan Islam Jilid 2
Penulis: Dr. Haron Din
Penerbit: DBP
No. KK: 290 46284105
No. ISBN: 9836215220
Tahun Terbitan: 2000
Harga Buku: RM20.00

Sinopsis
"Buku ini memberikan pelbagai ilmu dan tafsiran asas agama Islam dan kehidupan masyarakat Islam dari aspek manusia dan moral, manusia dan masyarakat, kewajipan mendirikan masyarakat islam, asas pembentukan masyarakat, kewajipan mendirikan masyarakat Islam, asas pembentukan masyarakat Islam, bidang undang-undang Islam, manusia dan jihad dan konsep kemenangan dan perhambaan. Buku ini terdiri daripada tiga jilid. Amat baik sekiranya pembaca dapat memiliki ketiga-tiga jilid tersebut."

5.6.09

Siri Kegemilangan Anbiya' Kisah Nabi Yusuf Buku 12: Godaan Zulaikha


Siri Kegemilangan Anbiya' Kisah Nabi Yusuf Buku 12: Godaan Zulaikha 
Penulis: Mohd. Zaid Sani, Ayesha Abdullah Scott
Penerbit: DBP
No. KK: 2907101597101
No. ISBN: 9836279369
Tahun Terbitan: 2004
Harga Buku: RM20.00

Sinopsis
Kisah yang dipaparkan dalam buku Siri Kegemilangan Anbiya' ini adalah berkisar tentang Zulaikha yang terlalu mencintai Nabi Yusuf a.s. telah merancang dan menggoda baginda. Kerinduan dan rasa cintanya yang tidak tertahan kepada Nabi Yusuf a.s. menyebabkan Zulaikha tidak dapat melelapkan mata dan asyik terkenangkan Nabi Yusuf. Atas nasihat seorang pengasuhnya, Zulaikha telah merancang satu rancangan bagi menggoda Nabi Yusuf. Setelah menghiaskan diri dengan pakaian yang nipis dan memakai wangian, Zulaikha telah memanggil Nabi Yusuf a.s. masuk ke biilknya. Setelah Nabi Yusuf a.s. memasuki bilik tersebut, Zulaikha dengan pantas menutup pintu dan menguncinya. Lalu tanpa segan silu lagi Zulaikha telah menggoda agar memenuhi keinginannya yang sekian lama terpendam itu. Nabi Yusuf a.s. telah menolak segala permintaan Zulaikha itu dan berusaha untuk melepaskan diri dari bilik tersebut. Apakah yang bakal berlaku antara Zulaikha dan Nabi Yusuf a.s.? Bagaimanakah caranya Nabi Yusuf a.s. melepaskan diri? Dapatkan siri buku ini bagi mengetahui kesudahan cerita yang menarik ini dan amat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan untuk kanak-kanak."

3.6.09

Ajaran Sesat Edisi Keempat


Ajaran Sesat Edisi Keempat 
Penulis: Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim
Penerbit: DBP
No. KK: 294 30745404
No. ISBN: 983627524X
Tahun Terbitan: 2003
Harga Buku: RM15.00

Sinopsis
Buku ini menghuraikan maklumat lengkap tentang ajaran sesat di Malaysia. Penulis telah membuat rujukan khas terhadap kes-kes di negara kita dan di dalam masyarakat Islam di negara-negara lain. Usaha beliau ini patut dipuji dan patut dibaca oleh setiap umat Islam. Banyak jawapan diberikan oleh penulisnya terhadap persoalan ajaran sesat. Pendedahan yang dibuat oleh Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim telah menyingkap rahsia ajaran sesat ini."

29.5.09

Hell A Vision Within



ISBN: 978-983-44208-4-0
Author: Sheikh Abdur Rahman Abdul Khaliq
Publisher: Dakwah Corner Bookstores (M) Sdn Bhd
Year: 2008
Number of page: 126
Price: RM15.00

ABOUT THIS BOOK:

I was on the first steps of the path, the path of Islam, which was at my early youth, gratitude and praise be to Allah. I used to consider paradise as the place that I should be working for. Probably, not only my hope, but also my feelings were that I deserved it!

I had the feeling that the mere idea of hell and the thought of escaping from it was not applicable to a person of my hard work and prayers, for such a person as I am does not belong there, by Allah’s will, and will not enter it. Therefore, such a person does not have to fear it or to keep on asking Allah to save him from it. However, if he does so, then he is only following prophet Muhammad, Allah’s peace and blessings be on him, and imitating him, who himself asks to be saved from hell, with the assurance that he is not one of its inhabitants.

I have often felt, when I used to ask for Allah’s forgiveness, that I haven’t committed deeds that call for a so long regret, or a so much sorrow; Allah has enabled me to give up, and apologize for the sin that I have committed. This is repentance enough.

I have continued thinking in such a way for quite a period of my religious life. Then, when I began comprehending The Holy Qu’oran, realizing the true meaning of faith, the true meaning of sin, and started studying the morals of the prophets, the virtuous men, and the men of faith, the previous feeling of security started to disappear slowly.

My prime and final worry circulated totally around escaping hell, and escaping what comes before it of painful torture. As for heaven, the whole heaven, namely paradise, there are other measures, and efforts that my will, power, and devotion were way below. Moreover, if I cry over the sins that I have committed, from this day until I die, my sorrows will not be enough, and if Allah’s mercy does not over shadow me with His forgiveness, then I will be one of the losers. So how did that happen?

22.5.09

Hanya Tuhan Mengenal TenteraNya



ISBN: 9789833912087
Pengarang: Khaled M.Abou El Fadl
Penerbit: MEGC
Tahun: 2007
Mukasurat: 214
Harga: RM25.00

Keterangan
Ketaksuban keagamaan berkembang di dunia tidak lama setelah merebajnya ideologi Wahhabi. Ideologi yang disyaki didanai wang Arab Saudi – Negara yang makmur mendadak setelah kenaikan harga minyak – ini bertanggungjawab memusnahkan kewibawaan institusi-institusi tradisional di dunia Muslim. Tradisi intelektual yang merupakan warisan zaman awal Islam musnah dirobohkan puritanisme yang menunjukkan permusuhan terhadap semua bentuk pengetahuan sosial bersifat akademik atau tradisi intelektual yang kritis.

Membesar dalam sebuah budaya keagamaan Islam, pengarang Khaled M.Abou El Fadl sentiasa diingatkan oleh guru-gurunya bahawa tidak ada gereja di dalam Islam, dan bahawa tidak ada sesiapa mewakil wibawa Tuhan yang Kudus. Baginya gambaran yang diulang-ulang para guru itu membayangkan kesaksamaan dan kemampuan semua orang untuk mencapai kebenaran Ilahi. Manusia cubauntuk membongkar kehendak Ilahi, tetapi tidak ada seorang pun memiliki wibawa untuk mendakwa bahawa hanya dia mampu menemukannya.

Menerusi perbandingan antara authoritative dan authoritarian, antara wibawa dengan kuasa yang memaksa, pengarang buku ini membongkar kalut pemikiranWahhabisme dan Salafisme yang mendakwa ingin memurnikan agama, sedangkan yang dilakukan hanyalah menyuburkan kemalasan berfikir di dunia Muslim.

16.5.09

Al Ma'rifah


Al Ma'rifah Jilid 1
Pengarang: Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah
Tahun:2004
Harga: RM23.00
Ukuran : 22.5 x 14.5 cm
Halaman : 239 M/S
Kandungan Jilid 1: 
Perbicaraan buku ini dimulakan dengan sejarah tersebarnya tasawuf dan tokoh-tokohnya. Turut dibicarakan kemunculan pujangga dan penulisan tasawuf. Antara pemikiran ahli-ahli sufi yang terkenal di Alam Melayu / Nusantara yang dibicarakan dalam jilid 1 ini adalah Syeikh Hamzah Fansuri, Syeikh Syamsuddin Al-Sumatra-i, Syeikh Nuruddin Ar-Raniri, Qadhi Nashiruddin Johor dan Syeikh 'Abdut Takrim berserta karya penulisan mereka yang lengkap. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Al Ma'rifah Jilid 2
Pengarang: Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah
Tahun:2004
Harga: RM23.00
Ukuran : 22.5 x 14.5 cm
Halaman : 255 M/S

Kandungan Jilid 2:
Perbicaraan jilid kedua ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama dimulakan dengan kecemerlangan tasawuf zaman kebesaran Acheh, berdasarkan kitab Tuhfatul Mursalah dan perbicaraan mengenai Martabat Tujuh. Antara tokoh ulama Sufi yang dibicarakan dalam bahagian pertama ini ialah Syeikh 'Abdur Rauf bin 'Ali al-Fansuri, Megat Sati ibnu Amir Sulaiman al-Asyi (Murid Syeikh Nuruddin ar-Raniri), Syeikh Burhanuddin Ulakkan (Murid Syeikh 'Abdur Rauf al-Fansuri), Syeikh 'Abdul Muhyi Pamijahan (Murid Syeikh 'Abdur Rauf al-Fansuri), Syeikh Yusuf Tajul Khalwati al-Mankatsi (Shufi Mujahid fi Sabilillah). Pada bahagian kedua untuk jilid kedua ini pula dibicarakan penyebaran tasawuf di Terengganu, Patani dan Acheh. Antara tokoh-tokoh yang dibicarakan adalah Syeikh 'Abdul Malik Terengganu, Syeikh 'Abdur Rahman bin 'Abdul Mubin Pauh Bok al-Fathani, Syarif 'Alwi bin Saiyid Abu Bakar, dan Syeikh Faqih Jalaluddin al-Asyi.

4.5.09

Penyebaran Thariqat-Thariqat Shufiyah Mu'tabarah


Penyebaran Tharikat-Tharikat Shufiyah Mu'tabarah Di Dunia Melayu
Penulis: Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah
Terbitan: Khazanah Fathaniyah
Tahun: 2000
Harga: RM23.00
Ukuran/Tebal : 22.5 x 14.5 cm
Halaman : 250 M/S

Kandungan : 
Membicarakan silsilah berbagai-bagai thariqat yang terdapat di dunia Melayu. Antara thariqat-thariqat yang dibicarakan dalam buku ini adalah seperti Thariqat Syathariyah, Thariqat Qadiriyah, Thariqat Naqsyabandiyah, Thariqat Rifa'iyah, Thariqat Ba'alawiyah/ 'Alawiyin, Thariqat Khalwatiyah, Thariqat Syaziliyah, Thariqat Sammaniyah-Khalwatiyah, Thariqat Ahmadiyah Idrisiyah, dan Thariqat Rahmaniyah. Terkandung di dalam buku ini adalah silsilah thariqat yang dibicarakan, termasuk kitab-kitabhadits, yang dilengkapi dengan sanadnya (silsilah)

si fakir memiliki buku ini, dan ianya sangat baik dan terperinci dan terdapat manuskrip-manuskrip lama simpanan Almarhum Tuan Guru Haji Wan Mohd Shaghir sendiri.

25.4.09

Hakekat Tasawuf - Abdul Qadir Isa


Hakekat Tasawuf
Pengarang: Abdul Qadir Isa
Terbitan: Qisthi Press


Deskripsi

Sebenarnya apa perbedaan tasawuf dan sufisme? tasawuf adalah istilah yang berkembang di dunia Arab, sementara sufisme lebih populer di dunia barat, yang dinisbatkankepada seorang pelaku tasawuf, sufi. Tujuannya pun satu, dan sama dengan tujuan syariat, yaitu kesolehan batin dan perilaku dengan
berbagai maqamnya. Yang menjadikan sufisme menyimpang adalah ketika salah satu maqamnya, widhatul wujud berkembang ke arah ittihad atau hulul yang kemudian lebih sering berkaitan dengan sinkretisme. Ini yang menyalahi tauhid.

Penulis buku ini mengulas secara detail serangan para orientalis tentang metode memahami tasawuf. Juga menjelaskan bagaimana tasawuf yang seiring dengan tuntutan syariat, bagaimana menjadi soleh secara
batin tetapi tidak menyimpang dari tauhid.

*Fakir Ilmu meminati buku ini dan 5 bintang diberi


Buku ini amat fenomenal dan mendapat sambutan yang luar biasa terbukti
telah mengalami cetak ulang sebaqnyak 16 kali di negeri asalnya Suriah

9.4.09

Dzikrullah - Rahsia dan kekuatan



Dzikrullah - Rahsia dan Kekuatan

Pengarang : Imam Al-Ghazali
Harga: RM36.50
215 m/surat
Hard Cover
ISBN : 9789793594439

Kandungan
Kitab Zikrullah ini adalah satu kesatuan utuh dari cerminan oemenuhan jiwa, pencerahan akal, serta penyempurnaan lisan. Hari-hari berjalan bersama Al Kholiq, dan denganNYA kehidupan pun mampu membuka ruang seluasnya bagi hamba untuk selalu istiqamah, hidup dan bahkan memperolehi kekuatan.
Imam Al Ghazali menulis tema khusus ini sebagaimana karya-karya besarnya yang lain. Beliau mengajari bagaimana cara belajar, menghafal dan mengamalkannya hingga nyaris tidak menyisakan waktu yang tidak berguna!

5.4.09

Rahasia Menyingkap Makrifat Allah




Rahasia Menyingkap Makrifat Allah
Pengarang : Syekh Nuruddin Ar-Raniri
Judul Asli : Asrar Al-Insan Fi Makrifah Ar-Ruh Wa Ar-Rahman
Penerbit : Diadit Media
Harga : RM19.80
156 m/surat
Soft Cover
ISBN : 9789793957972

Nama Lengkapnya adalah Nuruddin Ibn ‘Ali Ibn Hasanji Ibn Muhammad Humeyd ar Raniri. Beliau berasal dari dataran India (Gujerat) dan nenek moyangnya berasal dari daerah Arab, tepatnya Hadramaut. Pada Tanggal 6 Muharram 1047H/11 Mei 1637M beliau tiba di daerah Acheh dan tinggal di sana sehingga tahun 1644M pada zaman kekuasaan Sultan Iskandar Sani. Syeikh Nuruddin ar Raniri telah banyak  mengarang kitab yang berisi tentang ajaran Tasawuf. Karangan Syeikh Nuruddin  telah mengarang minimal sebanyak 23 buah kitab. Salah satu karya beliau ialah Asrar al-insan fi ma’rifah ar-Ruh wa ar-Rahman iaitu judul asal bagi buku ini. 

22.3.09

Manhalush Shafi - Syeikh Daud Al Fathani


Manhalush Shafi - Syeikh Daud Al Fathani
Pengarang : Tuan Guru Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah
Terbitan: Khazanah Fathaniyah
Harga: RM18.00
Tahun: 1992
Ukuran : 22.5 x 14.5 cm
Halaman : 222 M/S


Kandungan : Terkandung di dalamnya maklumat penyelidikan kitab Manhalush Shafi, riwayat hidup Syeikh Abdur Rahman Pauh Bok al-Fathani, dan riwayat hidup Syeikh Muhammad Zain al-Fathani. Kandungan transliterasi membicarakan tasawuf haqiqat peringkat tinggi. Dilampirkan juga Manhalush Shafi salinan Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani dan dua buah manuskrip karya Syeikh Daud al-Fathani lainnya.

17.3.09

Dhiyaul Murid (Syeikh Daud Al Fathani) - Pedoman Zikir Menuju Ilahi


Dhiyaul Murid Syeikh Daud Al Fathani -Pedoman Zikir Menuju Ilahi
Pengarang: Tuan Guru Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah
Terbitan: Khazanah Fathaniyah
Harga: RM19.00
Tahun: 2001
Ukuran/Tebal : 22.5 x 14.5 cm
Halaman : 219 M/S

Kandungan : Membicarakan tatacara berzikir menurut Thariqat Syatariyah, data kitab yang asal, sejarah perkembangan Thariqat Syatariyah di Asia Tenggara. Selainnya juga membicarakan riwayat hidup Syeikh 'Abdul Mubin al-Fathani, ulama yang menyebar Islam di Pahang. Turut dengan lampiran beberapa manuskrip karya Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani, di antaranya mengenai Imam Mahdi.

9.3.09

Menyingkap Rahasia Kebahagiaan


Tajuk: Menyingkap Rahasia Kebahagian 
Kitab asalnya bertajuk (Kimiaus-Sa’adah) 
Oleh: Imam Al-Ghazali 

Sinopsis 
“Jika kamu menemui kesulitan dalam memahami spiritualitas agama, bacalah karyaku, Kimiyyah Al-Sa’adah, yang akan membimbingmu ke jalan yang besar dan memberimu, sekurang-kurangnya, 
kesempatan yang dikurniakan Allah kepadamu”. 
Pesan Imam Al-Ghazali dalam suratnya kepada Nizamuddin, Perdana Menteri Seljuk. 

Kitab ini ditulis untuk menjelaskan kimia ruhani yang terkandung di hati para nabi – kimia kebahagiaan, 
yang mampu menghasilkan perubahan layaknya kimia yang mengubah logam biasa menjadi emas. 
Langkah pertama untuk mencapai kimia ruhani tersebut adalah mengenal diri sendiri dan mengenal Allah, 
dan seterusnya mengenal kedua-dua alam dunia dan akhirat. Kemudian dibicarakan 
pula perkara-perkara yang berkaitan rapat dengan keduadua2 alam itu, sehingga mengakhirinya 
dengan bab cinta kepada Allah s.w.t. Sungguh sebuah tema yang teramat tinggi untuk didaki, 
namun disampaikan dngan gaya tutur yang sederhana dan mudah dipahami. 

Kitab yang setebal hampir 221 mukasurat ini dibahagikan kepada 8 bab kesemuanya.. 

7.3.09

Sumber Segala cahaya


Tajuk: Sumber Segala Cahaya 
Kitab asalnya bertajuk (Misykat Al-Anwar) 
Oleh: Imam Al-Ghazali 

Sinopsis 
Hidup ini terdiri dari susunan cahaya-cahaya. Alam dipenuhi oleh cahaya-cahaya lahiriah yang dicerap oleh mata, dan cahaya batiniah yang dicerap oleh akal. Cahaya-cahaya itu melimpah dari satu kepada lainnya, 
seperti melimpahnya cahaya dari pelita. Bila kita umpamakan pelita itu sebagai cahaya kudus kenabian 
(an-nur an-nabawiy al-qudsiy), maka ia memperoleh limpahan cahayanya dari ruh-ruh alam atas (alam malakut). Dan semuanya memuncak dan menunjuk ke arah sumber cahaya, iaitu Allah. Dialah “Cahaya di atas cahaya”(nur ‘ala nur). Begitulah cahaya-cahaya itu memancar dari satu titik menyebar ke seluruh isi alam. 

Dengan cahaya pula Tuhan memperkenalkan DiriNya. Allah menjelaskan tentang 
Dirinya sebagai cahaya. Sebagaimana termaktub dalam surah An-Nur ayat 35 bahawa, 
“Allah adalah cahaya langit dan bumi”. 

Kitab ini merupakan tafsir sufistik Imam Al-Ghazali atas surah An-Nur tersebut yang dianggap sebagai sentral tasawuf. Ia juga merupakan karya yang sangat canggih di antara karya-karya tasawuf lainnya. 
Sedemikian canggihnya karya ini, sehingga oleh para ahli ditempatkan dalam maqam (peringkat) 
tertinggi karya-karya tasawuf bersama beberapa karya lain Imam Al-Ghazali dan magnum opun sufi-sufi besar lainnya. Meskipun ringkas, kitab ini merupakan sumbangan yang sangat menentukan 
bagi upaya memahami tasawuf Imam Al-Ghazali. 

Kitab yang setebal hampir 140 mukasurat ini dibahagikan kepada 3 bab kesemuanya.. 
1. Hakikat Cahaya 
2. Permisalan dalam Al-Quran 
3. Hijab Antara Allah Dan MakhlukNya. 


27.2.09

Penyelamat Dari Kesesatan



Tajuk: Penyelamat Dari Kesesatan 
Kitab asalnya bertajuk (Munqidh Min Ad-Dalal) 
Oleh: Imam Al-Ghazali 

Sinopsis 
Sebuah autobiografi yang menerangkan pengalaman-pengalaman Imam Al-Ghazali yang terpenting dalam 
bidang akliah dan rohaniah. Ia mencakupi persoalan falsafah, gerakan Batiniah, Ilmu Kalam, 
Tasawuf dan yang teristimewa tentang detik-detik beliau mengubah cara hidupnya meninggalkan 
keagungan dunia akademik di Universiti Nizamiah, Baghdad dan kemewahan yang dimilikinya 
untuk menjadi seorang zahid dan pencari kebenaran. Kitab yang telah menarik perhatian 
ramai di timur maupun di barat, khususnya para sarjana falsafah dan agama, sejak 900 tahun yang lalu, 
kerana kemampuannya memberikan petunjuk kepada manusia untuk mencari kebenaran. 

Kitab ini khusus sebagai panduan kepada murid-murid ilmu suluk, yang berhubung rapat dengan 
kebatinan para murid dalam ilmu shufi. Dimulakan membicarakan mazhab-mazhab syakkiyah 
sebagai pendinding bagi mereka supaya tiada terpesong daripada jalannya yang benar, 
di teruskan pula dengan mendedahkan kategori murid dalam penglibatan masing-masing dalam golongan-golongan mutakallimin (ahli ilmu kalam), bathiniyah (ahli kebatinan), filosuf dan shufi atau mistik. 

Kitab yang setebal hampir 90 mukasurat ini dibahagikan kepada 9 bab kesemuanya.

18.2.09

Imam Jaafar Al Sadiq


Imam Ja’far Al-Sadiq: Pemikirannya Tentang Konsep Ketuhanan 

Penulis : Ahmad Zuhadi Ismail

Penerbit : Penerbit UM

ISBN Number : 983-100-394-2

Tahun : 2006

Jumlah m/surat : 143

Harga : RM30

Deskripsi Buku:

Buku ini membincangkan beberapa konsep yang berkait rapat dengan persoalan ketuhanan seperti makrifat, sifat dan zat seta af’al Allah berdasarkan pemikiran Imam Ja’far al-Sadiq yang selaras dengan keterangan al-Quran dan al-Sunnah.

Persoalan sifat dan zat turut diberikan penekanan dalam pengertian yang sistematik dan rasional serta mudah difahami. Imam Ja’far mengajak manusia menyelami hakikat al-Quran berhubung dengan makrifat Allah untuk meningkatkan kualiti keimanan. Ini kerana makrifat Allah adalah asas daripada seluruh ajaran Islam. Persoalan yang berkait rapat dengan af’al Allah turut dibincangkan. Matlamat akhir kehidupan mausia seperti persoalan petunjuk dan penyesatan juga turut diulas.

Memandangkan konsep ketuhanan ialah konsep yang penting dalam Islam, penulis turut memuatkan pendapat pakar daripada beberapa aliran pemikiran Islam bagi menerangkan dan membandingkannya. Tujuannya adalah untuk melihat persamaan dan perbezaan mengenai konsep ketuhanan.

Buku yang ditulis secara ilmiah ini dapat menjelaskan betapa pentingnya kefahaman yang menyeluruh terhadap konsep ketuhanan untuk mengelakkan masyarakat membuat tafsiran sendiri terhadap hakikat Allah yang akan membawa fahaman al-Mujassimah dan al-Musyabbihah. 

12.2.09

Mencapai Makrifat






ISBN: 983-099-664-6
Kategori: Akidah
Muka Surat: 386
Harga:RM39.00
Tahun: 2005
Pengarang : Ibnu Abdullah Al-Naqsyabandi

Keterangan Buku :
Allah adalah nama bagi Dzat Yang Maha Agung, Tuhan sekalian alam. Allah adalah gelaran khusus bagi Dzat Yang Maha Ghaib. Manusia tidak mempunyai kuasa untuk menggambarkan bagaimana rupa hakikat Dzat Allah itu. Manusia hanya dapat mengenali Allah melalui sifat-sifatNya dan dari segala perbuatan dan kejadiannya.Manusia diperingatkan supaya tidak memikirkan Dzat Allah. Tetapi manusia diwajibkan mengenal Allah dengan sebenar-benar kenal.

Ianya merupakan sebuah buku yang membicarakan tentang ilmu ma'rifat iaitu ilmu mengenal Allah.Diantara pembicaraan yang dipertengahkan ialah berkenaan Mengenal Allah, Mengenal Diri, Islam, Rukun Islam, Rukun Iman, Rumusan Islam, Amalan yang merosakkan Islam, Akidah dan mencapai Ma'rifat.




2.2.09

Darah & Air Mata Rasulullah SAW


ISBN : 983-099-518-6
Kategori : Amalan/Panduan
Muka Surat : 221
Harga:RM14.00
Keluaran : Al Hidayah Publishers
Pengarang : As-Syeikh Ahmad Ridha’ Hasbullah

Keterangan Buku :

Nabi Muhammad SAW adalah insan teladan, sempurna, satu-satunya manusia yang layak dijadikan "Uswah Hasanah" bukan hanya bagi umat Islam sahaja melainkan juga untuk seluruh manusia dan alam.
Baginda SAW lahir dalam keadaan yatim, menjadi piatu semenjak kanakkanak dan serba kekurangan dalam kehidupannya. Hikmah di sebalik itu, Allah SWT menguji, melatih dan mendidik Baginda sejak kecil lagi untuk memimpin manusia dan jin kepada jalan hidyah Allah SWT.
Pendedahan buku ini yang merupakan suka duka manusia teragung, bermula dari kanak-kanak, kehidupan rumah-tangganya dan perjuangan baginda menegakkan kalimah tauhid dalam menghadapi orang-orang kafir, Munafik, Kristian, Yahudi, Majusi dan lain-lain patut diikuti dan dijadikan iktibar sekaligus panduan bagi pejuang, pendahwah dan sekalian umat Islam sampai hari Kiamat.

31.1.09

Al Iman




ISBN : 983-9188-63-1
Kategori : Akidah/Akhlak
Muka Surat: 358
Harga: RM18.00
Tahun: 1996
Pengarang : Abdul Majid Az Zindani
Terjemahan : Mahyuddin Abdullah

Keterangan buku:
Sesuatu yang paling berharga di dalam hidup manusia adalah IMAN. Orang yang ada IMAN telah terbukti bahawa mereka adalah orang yang berjaya dunia dan berbahagia di akhirat.
Dengan IMAN saja musuh dalam ketakutan dan orang mukmin hidup di dalam kasih sayang. IMAN penyelamat diri dari kebinasaan clan penghalang tercebur ke dalam neraka. Ini bererti jika kita mahu kebahagiaan yang sejati sama ada di dunia mahupun di akhirat maka berusahalah kita memiliki IMAN. Justeru itu IMAN yang hendak kita miliki itu bukan boleh di bell atau di jual tetapi perlu kepada 'Mujahadah', `Pengorbanan', 'Perjuangan' dan sedia mengharungi 'Liku-liku Penderitaan'. Ini sajalah jalan untuk kita memiliki IMAN itu.

Untuk lebih jelas lagi tentang persoalan IMAN ini maka milikilah buku ini, Insya Allah Pembaca budiman dapat jawapan dan menunjukkan kita jalan-jalan membina IMAN di dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara.

27.1.09

Karya Klasik Melayu Islam



Karya Klasik Melayu Islam
Penulis: Mahayudin Hj. Yahya
Penerbit: DBP
No. KK: 899 82014101
No. ISBN: 9836256792
Tahun Terbitan: 2000
Harga Buku: RM35.00 



Sinopsis Buku
"Buku ini mengkaji beberapa buah manuskrip lama hasil tulisan ulama-ulama terkenal termasuk Hamzah Fansuri, Burhan al-Din al-Kurani, Syihab al-Din al-Jawi dan Abu al-Fauz al-Marzuqi. Sejumlah 86 buah manuskrip Melayu-Islam telah dipilih untuk dijadikan bahan kajian dan lima daripadanya telah ditaransliterasi dan dianalisis kandungannya. Kajian ini bertujuan untuk membuat pendedahan serta memberi peluang kepada kepada generasi masa kini untuk memahami dan mendalami ilmu dan pemikiran silam. Ini juga merupakan usaha kesarjanaan terhadap bidang yang kurang diberi perhatian berbanding dengan penyelidikan bidang-bidang lain. Oleh itu, kajian ini amat penting dan bermanafat bagi mengembalikan kegemilangan dan keluhuran tamadun silam dalam usaha membina ilmu pada masa akan datang."

23.1.09

50 Tanda Tanda Orang Munafik




ISBN : 967-5115-07-6
Kategori : Akidah
Muka Surat: 107
Harga: RM6.00
Penyusun : Drs. Hanafi Mohamad
Penerbit: Al Hidayah Publishers
Tahun: 2003

Sinopsis buku:
Sejak Islam dan umatnya wujud di muka bumi ini tidak akan putus ancaman dan serangan oleh musuh-musuh terhadapnya.Sejarah juga membuktikan Islam bangkit bukan dengan jalan yang mudah. Ancaman ke atasnya dilakukan dari setiap penjuru dan berbagai strategi. Lantaran itu cukuplah sejarah lampau itu mengajar kita bagaimana untuk berhadapan dengan musuh-musuh Islam yang terang mahupun yang tersembunyi.
Risalah ini memandu kita mengenal musuh dalam selimut, yang acapkali strateginya membuatkan umat Islam terpedaya dan tewas. Penyusun buku ini telah menggarapkan 50 tanda-tanda musuh dalam Islam iaitu, Munafik.Pengenalan ini sebagai usaha agar kita tidak mudah tertipu dengan tingkah laku dan taktik mereka. Menjauhi golongan ini dan tidak memiliki sifat mereka adalah langkah untuk memajukan Islam dan menyingkir segala bentuk dan rupa kemunafikan.

16.1.09

Jalan Hidup Kaum Sufi




Tajuk: Jalan Hidup Kaum Sufi
Kitab asalnya bertajuk (Majmu’ah Rasa’il Al Imam Al Ghazaliy)
Keluaran : Pustaka Media
Oleh: Imam Al-Ghazali

Sinopsis
Manusia itu aneh. Meskipun bergelimang dosa, ia masih ingin dicintai dan dibuai kasih sayang.
Walaupun sepak terajangnya berkali-kali menabrak rambu-2 Tuhan, ia tidak ingin
diusir dari pelataran kasih sayang-Nya dan dilepas dari dakapan cinta-Nya.
Itulah kudrat manusia yang sentiasa ingin dilindungi dan disapa.

Namun akhirnya ia sedar dan bertaubat. Ia rindu dan haus dengan kasih sayangNya.
Untuk memuaskan dahaga jiwanya, manusia mengembara merentas liku-liku jalan,
menebus sebarang kesalahannya, dan kemudian berusaha merengkuh kasih sayang.
Itulah impian para pendosa yang bertaubat menuju jalan kaum sufi.

Jalan itu lebih harum daripada minyak kasturi, lebih mempercepat sampai ke tujuan ketimbang kilatan cahaya,
dan lebih mengasyikkan ketimbang bercengkerama dengan gadis-gadis jelita.

Lantas bisikan siapakah yang dapat menuntunnya ?.
Bisikan jalan Sufi. Suara nurani kaum sufi yang membisikan suara Tuhan.

Buku ini membahaskan bagaiman kaum sufi menempuh jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Tentu sangat bermanafaat bagi kita bagi menyempurnakan agama dan menyucikan jiwa dari kotoran duniawi.

Dalam kitab setebal 144 mukasurat ini dihuraikan 4 bab kesemuanya:
1. Jalan orang-orang makrifat
2. Ilmu Ladunni
3. Kelompok-kelompok Islam
4. Nasihat Untuk Pencari Kebenaran

7.1.09

Kitab Bahaya Lisan - Al Imam Ghazali



Tajuk: Bahaya Lisan
Kitab asalnya bertajuk (A'fat Al-Lisan)
Keluaran : Qisthi
Oleh: Imam Al-Ghazali

Sinopsis
Banyak yang meyakini lisan adalah salah satu sumber masalah. Ketika orang banyak bicara,
maka kemungkinan untuk mengatakan yang tidak benar akan lebih besar daripada orang yang diam.

Imam Al Ghazali, dalam kitab ini menghuraikan kaitan lisan kita dengan amal seharian.
Artinya, segala ucapan harus didasarkan pada penghayatan. Orang tidak asal saja memaki,
menghujat, mencela dan menggibah. Sebelum itu, ia harus menimbang dulu apa yang harus ia katakan,
perlu atau tidak, seberapa detail yang harus ia katakan atau malah diam.

Imam Al Ghazali banyak mengutip hadis maupun atsar yang menjelaskan bahaya lisan serta langkah-langkah untuk menghindarinya..

Kitab yang setebal 191 mukasurat ini dibahagikan kepada 21 bab kesemuanya..